UMNO Baru - Kuala Lumpur

PESANAN UNTUK MT UMNO SEBELUM NASI MENJADI BUBUR

Majlis Tertinggi UMNO dijangka akan bersidang esok 5 Julai 2021. Persidanagan ini jelas akan memberi fokus kepada tiga perkara pokok:-

  1. Menarik keluar UMNO daripada Pakatan Kerajaan PN bagi tujuan menjatuhkan Kerajaan PN ketika rakyat masih berdepan  gelombang Covid 19.
  2. Memaksa semua AP UMNO didalam Kerajaan melepaskan semua jawatan mereka baik jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan GLC.
  3. Mengesahkan keputusan Zahid  Hamidi dan Ahmad Maslan supaya Persidangan UMNO disemua peringkat ditangguh 18 bulan daripada sekarang.

Semua Ahli MT perlu sedar dan beringat, langkah gempaq paksaaan Presiden UMNO ini bakal menjadikan satu gelombang penolakkan rakyat keseluruhan terhadap UMNO. Saudara saudari boleh senyum lebar menyokong Presiden, rakyat mencemuh benci terhadap UMNO lebih daripada kebencian mereka terhadap PN sekarang. UMNO adalah parti yang kalah dalam PRU ke 14 dan akan terbenam  dalam PRU akan datang jika tidak bijak mendepani rakyat dan menghargai ruang serta peluang yang diberikan.

Cuba fikirkan apa yang akan jadi kepada UMNO jika Presiden dengan rancangannya ini:-

  1. UMNO dilihat rakyat sebagai parti yang kotor, busuk, jelek dan jijik kerana dalam tempoh rakyat bergelumang dengan ancaman Covid 19, mereka kalut hendak berkuasa dan menumbangkan Kerajaan yang sedang bergelut untuk pulihkan keadaan. Merancang untuk diadakan Pilihanraya Umum atau menyerah Kerajaan kepada Datuk Seri Anwar adalah satu tindakan yang menjelekkan.
  2. UMNO tarik diri Menteri dan AP UMNO masih tidak melepaskan jawatan . Mereka tetap sokong kerajaan maka kerajaan tidak akan tumbang.
  3. Presiden akan pecat AP yang terus sokong kerajaan dan mereka akan terus menjadi Menteri dan AP bebas untuk sokong Kerajaan. Kerajaan PN mungkin akan dapatkan sokongan AP dari parti lain untuk kuatkan kedudukan.
  4. UMNO akan kembali menjadi pembangkang untuk menghadapi PRU akan datang. Kerajaan PN akan kekal sampai PRU akan datang dan akan berusaha memperbaiki calar yang ada.
  5. Keputusan mahkamah terhadap Presiden UMNO akan  diumum pada bulan Ogos 2021 akan datang. Dia akan pasti didapati bersalah. Siapa nak tolong dia lagi pada waktu itu. Apa akan jadi UMNO sebagai parti pembangkang pada waktu tersebut. Kemana AMT UMNO akan pergi dan siapa akan biaya dan tandatangan watikah untuk bertanding dalam PRU akan datang.
  6. UMNO tarik diri, kabinet disusun semula, Perdana Menteri melantik Timbalan Perdana Menteri dikalangan pemimpin UMNO yang masih kekal dalam PN, mereka akan buat pembersihan dan apa akan jadi pada AMT UMNO yang sokong Presiden ini. Tercampak ke parit.
  7. Presiden tidak akan mampu untuk memecat semua 35 AP UMNO yang sokong kerajaan PN. Mereka ada grassroot tersendiri. Mereka ada kekuatan didalam kerajaan dan telah menyusun strategi tertentu.

Sahabat sahabat AMT sekelian, 41 orang daripada 56 orang dikalangan anda telah tanda tangan menyokong resolusi yang ditetapkan presiden. Ingatlah anda sekarang sedang merosakkan politik negara dan meranapkan kepercayaan rakyat Melayu terhadap UMNO. Anda semua tidak perlu berfikiran dangkal kerana tidak berpuas hati dengan PN terus bertindak membakar jambatan.

Bermuhasabahlah. Masalah ketidakstabilan Kerajaan sekarang berpunca daripada UMNO, masalah UMNO adalah Zahid selaku presiden yang menjadikan parti UMNO seperti hak beliau dan masalah Zahid adalah kes beliau yang berjela. Adakah parti UMNO dan anda semua perlu terlibat dengan masalah kes yang dihadapi Presiden.? Fikirlah untuk UMNO dan negara betulkah tindakan ini dibuat.?

Mana lebih baik buang yang satu kita semua bersatupadu daripada buang yang ramai kita bercerai berai hingga parti terurai.

Fikir-fikirkan demi parti , bangsa dan negara tercinta.

Facebook Comments

Related Posts

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.