UMNO Baru - Kuala Lumpur

PN DIHUJUNG TANDUK

1. Agenda besar kumpulan crook UMNO minggu ini pada 6 Jan 2021 iaitu selepas Mesyuarat MKT UMNO akan dibuat kenyataan akhbar dan pengumuman untuk menarik sokongan daripada PN . Pengumuman yang dibuat tanpa mengumumkan untuk berpakat dengan PKR atau DAP.

2. Seterusnya pada 7 Jan 2021, Presiden Umno bersama Dato’ Seri Najib akan berusaha untuk menghadap Yang Dipertuan Agong bagi memaklumkan bahawa UMNO akan menarik balik sokongan kepada kerajaan PN.

3. Sehingga 3 Jan 2021 seramai 131 daripada 191 KUB seluruh negara menyatakan persetujuan untuk hadir perjumpaan bersama Presiden pada 5 Jan 2021 jam 1100 di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC.

4. Minggu depan akan ada Kerajaan baru dan Perdana Menteri baru atau Perdana Menteri Interim. Maka terburailah Kerajaan PN bertahan selama 10 bulan. Tan Sri Mahyuddin akan mengambil langkah tertentu sama ada mengumumkan PRU ke 15 atau meletak jawatan.

5. Semua kegagalan mempertahankan Kerajaan PN adalah berpunca daripada Mahyuddin Yasin selaku Perdana Menteri. Kalau PM bersetuju untuk bantu membebaskan Zahid dan bossku daripada tuduhan mahkamah pasti Bossku dan Zahid akan mempertahankan PN. Ini semua salah PM kerana degil dan tidak mahu berpakat untuk membebaskan gang crook daripada tuduhan mahkamah.

Semoga Allah menyamatkan negara ku daripada Penyangak.

Facebook Comments

Related Posts