UMNO Baru - Kuala Lumpur

DAP PARTI YANG REALISTIK KETIKA KRISIS PANDEMIK

Walaupun UMNO dan parti Melayu yang lain bermusuh berpanjangan dengan DAP atas cerita cerita lama dan baru tetapi DAP adalah parti yang paling realistik ketika negara menghadapi krisis sekarang . Kenapa UMNOBaru berkata begitu:-

  1. Mereka tidak akan mencadangkan undi tidak percaya kepada PN kerana krisis pendemik Covid yang melanda negara perlu ditangani bersama . Tiada masa untuk fikir tentang menjatuh dan bina kerajaan sekarang. 
  2. DAP akan menyokong undi tidak percaya jika pihak PKR yang cadang terutama oleh PM Kunyit.  Sebagai satu pakatan mereka dalam keadaan terpaksa sokong.
  3. Mereka tidak percaya dengan pakatan jajaran baru kerana pasti UMNO tidak akan menyokong Kunyit sebagai PM. Lagi pon jika pakatan ini disertai oleh gang sakau kuat seperti Bosku dan Zorro merekab tidak boleh terima kerana berpegang kepada prinsip parti.
  4. Akur kepada  titah YDP Agong supaya masalah Covid diselesaikan dahulu baru difikirkan soal kerajaan dan Pilihanraya Umum ke 15. Menjatuhkan kerajaan dalam tempoh ini adalah tidak realistik dan bakal dicemuh rakyat. Bijak DAP meruntun sokongan rakyat terutama golongan muda yang juga realistik.
  5. DAP juga berpendirian jika kabinet baru dibentuk ekoran daripada PM Kunyit berjaya membawa SD yang mencukupi  dan kabinet yang dibentuk melibatkan pemimpin UMNO yang ada masalah dan korap mereka tidak akan menyertai kabinet kerajaan tersebut.
  6. Sanggup menyokong Kerajaan PN sehingga PRU 15 sesuai diadakan selepas pandemik Covid dan vaksinasi berjaya diuruskan dengan syarat peruntukan AP DAP dan Adun DAP di lepas oleh Kerajaan. Setakat ini AP DAP diperuntukan RM 100 K sahaja dan amat tidak mencukupi untuk diagihkan kepada rakyat dikawasan mereka terutama diera Covid ini.
  7. Tidak bersetuju dengan perancangan PM Tua yang sedang menyusun  strategi untuk turut membuat undi tidak percaya kepada Kerajaan PN dan PM dalam sidang Parlimen akan datang. PM Tua pon lebih kurang PM Kunyit dan Zorro juga dalam hal  dok berebut nak jadi PM ini.
Dalam hal ini kita nampak DAP agak realistik, patuh kepada titah YDP Agong, mengelak PRU 15 diadakan dalam tempoh Covid ini, menyokong pelan pengurusan Pendemik Covid dan vaksinasi sehingga selesai, sokong kerajaan ini kekal sampai PRU 15 dan tidak mahu berkompromi dengan pemimpin sakau UMNO.

Selaku parti yang dominan seperti UMNO dan PKR, pemikiran begini perlu ada dalam era meghadapi krisis dalam negara. Semua parti tak kira kerajaan atau bukan kerajaan perlu berganding bahu demi rakyat. Zorro,  PM Kunyit dan PM Tua perlu menyedari perkara ini. 

Kita bimbang realistik nya DAP menyebabkan golongan muda dan rakyat Melayu khususnya melihat DAP berpotensi memajukan negara dan rakyat. Apa yang PH buat selama 22 bulan memerentah akan mereka lupakan kerana bagi rakyat, mereka tidak merana mana pon tatkala 22 bulan itu. Yang merana adalah golongan politik Melayu terutama yang dah banyak sakau dan merancang untuk menyakau.

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.