UMNO Baru - Kuala Lumpur

SIAPA MUSUH DALAM SELIMUT UMNO ?

  1. Seluruh pemimpin dan ahli UMNO tersentak dengan surat akuan yang ditandatangi oleh Presiden parti bersama Bosku. Dokumen ini dipersembahkan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim kepada Tuanku Agong bagi menyokong dakwaan beliau mempunyai sokongan yang mencukupi daripada Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

2. Sebelum surat ini keluar ramai mentertawakan Anwar bahawa beliau pasti tak cukup sokongan. Ini ternyata meleset. Orang UMNO lebih merasa BERSATU mengancam mereka tetapi mereka tidak sedar pemimpim mereka sendiri yang mengkhianati parti

3. Episod pengakuan jujur Zahid dihadapan Perdana Menteri begitu memberi tamparan terhadap Presiden PAS yang turut hadir bersama dalam perjumpaan tersebut. Zahid tidak mahu berterusan menerima desakan beliau keluar daripada perjumpaan tersebut dan diikuti oleh Ahmad Maslan yang datang bersama beliau.

4. Perjumpaan tersebut sewajarnya Ketua parti saja hadir baru boleh selesai masalah. Tetapi ianya turut dihadiri Hamzah Zainudin, Ahmad Maslan dan Takiyuddin Hasan. Sewajarnya semua presiden parti dibiar meyelesaikan permasalah gabungan ini bersama antara mereka tanpa kehadiran orang lain. Mereka kemudian akan membawa mandat untuk semua ahli parti.

5. Semua ahli UMNO perlu tahu, perlu selidiki dan mencari titik jawapan mengapa presiden parti dan bosku mengambil tindakan sedemikian? Hal yang lebih mengejutkan lagi bukan mereka berdua sahaja yang terlibat, siapa dibelakang presiden parti yang turut serah SD persetujuan Anwar sebagai Perdana Menteri.

6. Surat pengakuan berkenaan cuma dua nama yang diketahui iaitu Presiden dan Bosku. Siapa bersama mereka yang telah menyerah SD kepada Datuk Nazri, Bekas orang kuat Berita Harian dan Saifuddin Nasution. Semua SD Anwar pegang sekarang. Pemimpin UMNO yang tak terlibat boleh bertanya dengan Noh Omar dan Ismail Sabri.

7. Kita cadang adalah lebih baik dua tiga orang AP UMNO berkenaan mengaku sajalah apa yang mereka bincang dan bersetuju dalam rundingan timbal balas dengan Anwar dan Anthony Loke wakil DAP pada malam tersebut sebelum gambar mereka viral.

8. Kita pun terkejut seorang pemimpin UMNO ni, berdegar-degar sebelum ini kumpul ketua-ketua bahagian berpakat untuk buat undi tidak percaya kepada Presiden tiba-tiba longlai bila Anwar offer jawatan dan sanggup berada bersama DAP. Dia pun pernah buat statment tak salah sokong Anwar.

9. Kalau tidak percaya boleh bertanya dengan Noh Omar, Ismail Sabri Yaacob, Tajuddin Rahman, Hassan Arifin atau Zahid sendiri. Perjumpaan yang diatur secara sulit telah dihadiri oleh beberapa Ahli Parlimen UMNO manakala DAP diwakili oleh Anthony Loke dan Anwar sendiri turut hadir. Mereka tahu cerita sebenar tetapi buat tidak tahu kerana no ball dan takutkan Zahid. Mereka rela berkongsi sebagai pengkhianat kepada UMNO.

10. Walaupun sekarang keadaan reda, Zahid telah mengakui akan memberi sokongan dan kepercayaan kepada Perdana Menteri dan akan memperkukuh kerajaan PN. Namun ini tetap perlu dicurigai. Zahid ini telunjuk lurus kelinking berkait. Macam Tajudin Rahman juga, setakat Hamzah Zainudin mereka boleh tipu saja sebab Hamzah juga gang lama mereka. Hamzah tak tahu apa yang Tajuddin buat belakang dia dan dia kena tipu dengan Tajudin hidup-hidup.

11. Sekarang Saipuddin tengah kumpul SD semua AP UMNO. Sebahagian besar AP UMNO daripada 39 AP berkenaan yang sokong PN telah tandatangan SD menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Kalau tak percaya tanya sama Zahid. Dengan siapa Saipuddin Nasution bekerja dan gerakan mereka dan dimana pot mereka kumpul SD berkenaan dan siapa AP PKR yang mengurus perkara ini selain Saifudin. Ahli UMNO sekelian, Saifudin, Anwar, Zahid, Datuk Nazri ni kalau yang tak tahu mereka dulu sama dalam UMNO dan satu kroni Anwar.

12. Daripada ramai-ramai AP yang bagi SD 12 AP adalah daripada group yang dikawal oleh Hisyamudin. Mereka ini tipu Hisyamuddin sedangkan Dato Hisyamlah yang menyara mereka ketika PH berkuasa dulu. Inilah sikap AP UMNO sekarang. Kacang lupakan kulit. Kebanyakkan musang berbulu ayam.

13. Cerita tentang presiden UMNO dan PRN Sabah sebagai iktibar. Semua pihak dalam UMNO memburukkan BERSATU kerana dikatakan membuli. Apa yang berlaku sebenarnya adalah sikap Zahid yang melaksanakan gerakan sulit beliau untuk menggagalkan perjanjian yang telah dibuat berhubung PRN Sabah. Lain yang diputuskan dalam mesyuarat PN bersama BN lain yang disuruh UMNO Sabah buat oleh Zahid.

14. Apabila UMNO gagal di Sabah, Zahid buat gerakan menyalahkan BERSATU. Pengikut yang makan ditangan yang merupakan tukang karut UMNO pun melalak tak tentu haluan tanpa fakta mempertahankan presiden membuta tuli dan menyalahkan pihak lain.

15. Sebenarnya Zahid menggunakan Bung Mokhtar, UMNO Sabah untuk pastikan beliau terus jadi presiden dalam pemilihan UMNO akan datang. Bung Mokhtar akan urus semua undi dari 25 Bahagian UMNO di Sabah kepada Zahid. Jika Musa Aman dipilih untuk urus PRN Sabah, Musa akan bagi sokongan kepada Tok Mat Hassan. Itu orang UMNO perlu faham.

16. UMNO yang tidak patuh pada janji siapa yang banyak menang kerusi antara PN dan BN, ADUN mereka yang akan jadi Ketua Menteri. Tapi bila PN dapat majoriti UMNO tak mau ikut perjanjian dan Presiden desak Bung supaya terus buat ugutan untuk dapatkan jawatan Ketua Menteri. Bung diminta susun taktik untuk sokong Warisan jika gagal jadi Ketua Menteri. Ini semua percaturan Presiden UMNO.

17. Mengapa ramai pemimpin UMNO sekarang ‘No Ball’. Sebab Zahid telah ugut mereka siapa yang lawan dia tidak akan dipilih sebagai calon dan beliau tidak akan tandatangan watikah sebagai calon. Semua takut termasuk yang garang luar kecut didalam seperti Tajuddin Rahman.

18. Inilah masalah UMNO sekarang. Jiwa UMNO dah hilang dari kebanyakkan ahli parti. Bagi yang jadi cyber tropper UMNO pula kebanyakkan mereka bukan lahir dari UMNO. Jiwa mereka tiada roh UMNO. Mereka daripada PKR yang masuk UMNO, dari pengikut DAP yang diambil sebagi Cyber trooper UMNO. Jadi kerja mereka adalah makan ditangan. Sapa yang sara itulah tuan mereka.

19. Saudaraku, Umno akan hancur jika pengkhianat sebenar terus dibela oleh ahli parti dan pengikut UMNO.

Facebook Comments

Related Posts

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.