UMNO Baru - Kuala Lumpur

COMULUT BOSKU ZAHID MALAPETAKA TERHADAP UMNO

1. Pihak AMLA telah mengemukakan deraf affidavit bagi membalas affidavit yang dikemukakan oleh Zahid Hamidi ,Tengku Adnan dan Najib bosku bagi mendapatkan kembali wang tunai RM 114 juta yang disita oleh AMLA. Pemimpin UMNO ini mendakwa duit ini merupakan duit parti yang dirampas ketika serbuan dirumah Najib dulu. Sesungguhnya afidavit ini adalah malapetaka terhadap UMNO.

2. Kegilaan untuk mendapatkan kembali duit berkenaan sebelum PRU bakal menjerumus UMNO kelembah malapetaka yang bakal menjahanamkan UMNO. Inilah nasib yang bakal UMNO terima kalau kegilaan untuk berkuasa dan menyelamatkan diri dibiar berterusan dilakukan oleh bosku dan Zahid dengan menggunakan parti keramat UMNO.

3. UMNO akan berdepan dengan malapetaka kerana banyak perkara yang telah dilanggar sebagai sebuah organisasi berdaftar. UMNO mempunyai simpanan wang daripada back door akaun  yang  ditaksir bersumberkan wang IMDB. Akaun ini tidak dinyatakan dan diperjelaskan.

4. Manakala keterangan daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang terlibat dengan menguruskan pentadbiran akaun kewangan parti  adalah bercanggah serta berpotensi menjebak mereka kepada kredibiliti kepimpinan dan Integriti keabsahan parti. Ianya turut memaparkan inconsistency keterangan beberapa pemimpin UMNO seperti Ahmad Maslan, Najib, Zahid Hamidi dan Tengku Adnan.

5. Apa yang difahami afidavit daripada Peguam Negara tersebut mengandungi keterangan-keterangan beberapa pemimpin UMNO menunjukkan wang yang disita oleh AMLA bukan milik sebenar UMNO.

6. Afidavit itu juga memaparkan keterangan-keterangan yang menunjukkan UMNO telah melanggari peraturan Register Of Society dengan memiliki akaun bank tidak rasmi yang tidak diaudit (unaudited account).  Akaun ini telah digunakan untuk menerima wang 1MDB sebanyak RM 450 juta.

7. Afidavit ini telah memohon Mahkamah mengarahkan pihak UMNO dan Najib membayar penalti kepada kerajaan Persekutuan suatu jumlah wang yang sama dengan perolehan haram 1MDB yang telah diterima oleh UMNO dibawah seksyen 59 AMLATFAPUAA.

8. Tujuan afidavit ini dikemukakan adalah untuk menghalang pihak UMNO untuk terus menuntut wang tunai sitaan tersebut dan back off daripada tuntutan tersebut yang bakal menyebabkan mereka dikenakan penalti dan UMNO besar kemungkinan diisytiharkan haram oleh ROS.

9. UMNO akan dibebani dengan pembuktian menggunakan dan menyimpan wang daripada sumber IMDB. Ini menyalahi Akta Pertubuhan dan UMNO berpotensi dikenakan tindakan penggantungan atau diharamkan.

Sahabatku: Macam mana nak bertanding dalam PRU akan datang?. Bertolak ansur , takut dengan Bosku dan Zahid, parti UMNO dan 1.3 juta ahli UMNO menerima padah dan malapetaka. Dah banyak benda sudah mereka merosakkan UMNO. Sampai bila nak dibiarkan… Tolonglah pemimpin UMNO.

kredit: imej dari malaysiakini

Facebook Comments

Related Posts