UMNO Baru - Kuala Lumpur

PERCUTIAN MEWAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI ATAS KAPAL PETRA TARA

Kebiasaannya, akhir tahun adalah musim di mana orang ramai melancong bersama-sama ahli keluarga. Trend “cuti-cuti Malaysia” ini juga tidak terlepas kepada sorang wakil rakyat yang amat dikenali dengan gelaran “PM Tepi” nie.

Baru-baru ini, pada 26 Disember 2020, abang PM Tepi dikatakan sedang bercuti bersama ahli-ahli keluarganya di atas sebuah kapal mewah MY PETRA TARA. Kapal pelancong ini dimiliki oleh Syarikat Good Works Ventures Limited iaitu Tortola VG1110 British Virgin Island dan diuruskan oleh Syarikat Summit Agencies Sdn Bhd yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor. Kapal ini juga telah didaftarkan di Cayman Island dan dikendalikan oleh 9 orang anak kapal termasuk seorang kapten iaitu Truman Jason.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 14 orang ahli keluarganya ini telah berlabuh bersama kapal mewah MY PETRA TARA dari Pelabuhan Klang dan belayar disekitar Telok Segading, Pasir Bogak, Pulau Pangkor. Segala urusan ketibaan kapal ini di Pulau Pangkor telah diuruskan oleh Silver Base Maritime Sdn Bhd.

Hebat bakal PM Malaysia tajaan Bosku, Zahid , Ahmad Jazlan, Tajuddin Rahman ini. Beliau hampir dapat menyaingi Bosku dengan pelayaran Aquanimity yang menjadi isu IMDB tempoh hari. 

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak turun melawat di Pulau Pangkor dan mereka hanya meluangkan masa di atas kapal mewah tersebut. Iyalah, segala perkara menarik boleh dibuat di atas kapal, jadi buat apa turun di Pulau Pangkor. Nak cari Ikan Bilis bolehlah. Mana ada standart beli Ikan Bilis.

Gambar abang PM Tepi dengan kapal mewah tersebut adalah seperti di sebelah.

Mewah percutian keluarga wakil rakyat ini kalau hendak dibandingkan dengan “rakyat marhean” di bawah. 

Selamat Bercuti PM tepi. Balik nanti bolehlah tender SD.

Facebook Comments

Related Posts