UMNO Baru - Kuala Lumpur

KETAMAKKAN UMNO TINDAKAN MENJATUHKAN KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL (PN) DAN MENENDANG PPBM

Terkini, terdapat maklumat mendedahkan bahawa UMNO Pusat sedang mengarahkan semua UMNO Bahagian untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada Januari ini. 

Semua Setiausaha Bahagian telah diasak dengan indoktrinasi supaya menendang PPBM bagi memudahkan Pemimpin UMNO Bahagian bertanding di semua tempat yang mereka suka. PPBM disifatkan pengacau untuk UMNO menjadi kuasa utama semula. Ketamakan ini menyebabkan mereka lupa diri bahawa tak semua rakyat suka UMNO terutama golongan separuh baya dan muda.

Terbaru UMNO merancang untuk membawa 2 usul iaitu usul untuk memutuskan kerjasama dengan BERSATU dan usul untuk menggesa Presiden keluar daripada Majlis Presiden PN. Pastinya kedua-dua usul ini merupakan strategi terbaru UMNO untuk menjatuhkan Kerajaan PN dengan menggunakan penolakan dari akar umbi mereka.

Oleh demikian, gerakan ini mampu mengelak persepsi terhadap Dato’ Sri Najib dan Datuk Seri Zahid Hamidi yang didakwa sebagai penggerak untuk menjatuhkan kerajaan. 

Usul-usul berkenaan pastinya akan diangkat ke Perhimpunan Agung Tahunan UMNO Pusat untuk diluluskan. Sekiranya diluluskan, ia memberi kesan terhadap sokongan UMNO kepada kedudukan Kerajaan PN.

Inilah rupanya sebuah parti yang mempunyai pemimpin tidak punya harga diri. Dijemput untuk tubuh kerajaan kemudian di sepak terajang parti yang kecil dan dituduh membuli mereka. Habis dilupa penyatuan bangsa dan Ahmad Maslan dengan lelucun dan penuh kepuraan tidak punya rasa malu menyatakan UMNO  memperjuangkan ABATA. 

Otai  otai UMNO dari kluster crook ini menggunakan UMNO untuk menunggang bangsa, agama dan negara untuk nafsu serakah mereka bagi terus menyakau harta rakyat dan negara. Sedihnya…

Facebook Comments

Related Posts