UMNO Baru - Kuala Lumpur

PEMIMPIN BERMASALAH JATUHKAN PN

  1. Setakat ini, gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan secara sulit telah dilakukan oleh beberapa aktor utama antaranya adalah:-
    • Tengku Rahman @Kumuda Pahang
    • Bosku@Najib Tun Razak
    • Zahid Hamidi, dan
    • Anwar Ibrahim.

  2. Gerakan ini telah dimulakan secara agresif. Kumuda Pahang menjadi penggerak utama dengan matlamat untuk membebaskan Najib dan Zahid Hamidi daripada semua tuduhan mahkamah. Datuk Seri Anwar Ibrahim@Abang Non akan dilantik menjadi Perdana Menteri dan akan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

  3. Ada pihak menyatakan bahawa Abang Non telah diminta membuat sumpah laknat oleh Kumuda bahawa jika beliau menjadi Perdana Menteri, Najib dan Zahid beliau akan bebaskan. Ke arah itu, gerakan ini telah dimulakan dengan mengumpul semua SD yang menyokong Abang Non.

  4. Setakat ini di pihak Abang Non, mereka telah mampu menyediakan SD berjumlah 105. Daripada jumlah tersebut, 92 SD daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan, 38 PKR, 42 DAP, AMANAH 11 dan 1 BEBAS (Maszlee Malik). Manakala, sebanyak 13 lagi SD telah berjaya dikumpul oleh Bosku. 9 SD tersebut merupakan ahli Parlimen UMNO dan 4 lagi merupakan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak. Mereka adalah:
    • Bosku
    • Zahid Hamidi
    • Nazri Aziz
    • Ahmad Maslan
    • Tajuddin Rahman
    • Ahmad Jazlan
    • Mohamad Alamin
    • Mohd Sahar, dan
    • Bung Mokhtar.


      Sementara 4 dari Sabah dan Sarawak adalah:-

    • Jugah Muyang
    • Richard Riot
    • Masir Kujat, dan
    • Madius Tangau.

  5. Beberapa Ahli Parlimen PKR yang menjadi pengumpul SD menyatakan seperti Saifuddin Nasution mendakwa jumlah terakhir SD yang mereka perolehi adalah 117 sehingga 11 Disember 2020. Ke arah itu, semua SD ini akan dibawa kepada Agong untuk di“verify” pada minggu hadapan. Urusan ini akan dilakukan oleh Kumuda Pahang bersama Abang Non.

  6. Pada 11 Disember 2020, Kumuda akan “verify” dahulu SD-SD ini di rumahnya di Ampang. Semua SD ini akan dibawa oleh Saifuddin Nasution dan Anthony Loke. SD ini adalah daripada Pakatan Harapan.

  7. Pada awal minggu hadapan, pejabat PKR dikatakan akan mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah cukup SD dan akan menghadap YDP Agong.

  8. Sesuatu yang agak mengejutkan, terdapat 3 Ahli Parlimen UMNO dikatakan telah menyerahkan SD menyokong Abang Non. Mereka ini terdiri daripada 2 orang daripada Kem Datuk Seri Ismail Sabri dan 1 daripada penyokong Bosku. Banyak pihak tidak yakin dengan maklumat ini, namun pihak Abang Non mendakwa memiliki SD yang ditandatangani oleh mereka.

  9. Sementara itu, telah diwar-warkan oleh Abang Non bahawa sasaran beliau adalah 121 SD. Tambahan yang beliau perolehi adalah daripada UMNO dan termasuk 2 dari Ahli Parlimen WARISAN.

  10. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa gerakan ini direstui oleh YDP Agong kerana disokong oleh kebanyakkan Raja-Raja Melayu. Ini kerana beberapa orang kenalan rapat YDP Agong didakwa turut terlibat dalam pengurusan SD ini. Raja-Raja Melayu mahukan pembentukan sebuah Kerajaan yang stabil yang dibentuk daripada pakatan pelbagai parti terdiri daripada UMNO dan parti-parti Pakatan Harapan.

  11. Menurut Abang Non, kebanyakkan Sultan-Sultan tidak gemar kepada BERSATU sebab itulah mereka menolak cadangan untuk Darurat Politik oleh Perdana Menteri. Jika darurat dilaksanakan hari itu, gerakan ini sudah pasti tidak dapat dilaksanakan.

  12. Semua 9 Raja – Raja Melayu akan membuat udian belah bahagi untuk mencari majoriti terhadap pilihan ini. Jika ramai yang memilih Abang Non maka kita akan menerima PM baru dalam tempoh terdekat ini. Jika tidak maka sahabat akan menjadi PM tepi sepanjang hayat.


    Bosku dan Zahid selalu menyusahkan.

Facebook Comments

Related Posts