UMNO Baru - Kuala Lumpur

DI BAWAH BAYU DALAM SASARAN SANG SAKAU

Semenjak dua tiga hari yang lalu, heboh dan kecoh serta haru-biru rumah tangga kerajaan perpaduan (kononnya) di negeri bawah bayu. Kekecohan dan keharu-biruan berlaku bukan disebabkan oleh tikaman Datuk Seri Ronald Kiandi, Pegerusi Perikatan Nasional bagi negeri bawah bayu; tapi kekecohan tersebut angkara dalaman dalam kelambu kerajaan perpaduan negeri bawah bayu itu sendiri;

Ini agaknya yang dikatakan sebagai “satu bantal tapi, mimpi lain-lain”. Datuk Seri Bung Mokhtar, Datuk Seri Salleh Said Keruak & Datuk Seri Shafiee Apdal ada mimpi yang berbeza dengan Datuk Seri Hajijinoor. Patut lah dalam acara menandantangani MoU peringkat kerajaan perpaduan persekutuan tempoh hari wajah Datuk Seri Shafiee Apdal sugul memanjang, ada impian lain rupanya;

Sang sakau sifatnya jelas, terhidang sahaja peluang, terus di terkam, maka diisitiharkan bahawa Barisan Nasional-UMNO Sabah yang dikepalai oleh Datuk Seri Bung Mokhtar menarik sokongan sepenuhnya terhadap Datuk Hajijinoor kononnya atas dasar statusnya beliau yang tidak jelas selaku ketua Menteri selepas meninggalkan Parti Bersatu, begitulah jugak kata Datuk Seri Shafiee Apdal;

Dengar khabar harta “Ahmad Albab” dari MA63 sudah akan “matang” dan bakal dikembalikan ke negeri bawah bayu tidak lama lagi, mungkin perkembangan ini yang dimpikan oleh sang sakau? Logiknya ada sebab dikhabarkan, jawatan Menteri Kewangan negeri bawah bayu antara pentas yang diimpikan. Kita tunggu dan lihat siapa yang bakal dapat harta Ahmad Albab tersebut. 

Timbul jugak tandatanya, apakah mungkin tindakan dan serangan hendap yang dilakukan oleh Datuk Seri Bung mukhtar atas arahan Jeneral Tertinggi di Tanah Malaya? Kemungkinan itu ada, mana mungkin Komandan Wilayah berani membuat serangan hendap tanpa dapat restu dan arahan Jeneral.

Jeneral sedang berhadapan dengan saingan kepimpanan dalaman parti. Jeneral mahu kekalkan kejeneralannya dalam parti, perlukan sokongan, sokongan perlukan laba yang banyak. Makanya laba dan harta Ahmad-Albab bawah bayu perlu disakau untuk kekalkan kejeneralannya. Ini semua ada kait dan terkait.

Situasi dan semua ini betul-betul buat PMX tidak tenang untuk menikmati secawan kupi-luak bersama Pak Jokowi di istana Bogor. Hinggakan terpaksa membuat panggilan telepon ke negeri bawah bayu. PMX kata kemelut ini perkara kecil, tapi peliknya dari Jakarta dia akan langsung ke bawah bayu. Maknanya tidak kecilah kemelut ini. 

Aku Bukan Antanom

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.