UMNO Baru - Kuala Lumpur

Bung mengamuk Salleh dipecat: Projek JENDELA RM3B Qhazanah, rasuah berjuta dan jual saham syarikat Common Tower oleh Ghazali terus dibongkar!

Dalang tukar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak akhirnya dipecat sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah GLC terbesar kerajaan negeri.

Turut dipecat ialah Ghazalie Ansing Pengerusi Common Tower Technologies Sdn Bhd anak syarikat Qhazanah Sabah yang kecoh disiasat SPRM  berhubung simpanan wang berjumlah RM80 juta dalam akaun peribadinya. Kes SPRM ini masih berjalan sehingga sekarang.

 

Salleh dan Ghazali merupakan kepercayaan Bung Moktar untuk mencuri dana daripada Qhazanah Sabah. Banyak perkara pelik sejak mereka berdua mengetuai Qhazanah dan Common Tower Technologies. Salleh pengkhianat BN, Ghazali pula kaki rasuah namun Bung tetap percaya kedua orang ini untuk menasihatkan dirinya selaku Pengerusi BN Sabah. Selagi Ghazali belum dituduh di mahkamah selagi itu terus disimpan.

Terbaru Bung Moktar mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Hajiji dan menyokong Shafie Apdal untuk menjadi Ketua Menteri. Ghazali penyimpan dana Bung menjadi pembayar kepada Adun-adun Sabah yang memberikan surat akuan bersumpah (SD).

Selain ‘pau’ kontraktor berjuta pada projek tak wujud atau tidak diluluskan peruntukan dosa terbesar Salleh dan Ghazali kepada rakyat Sabah ialah menjual 45 peratus kepentingan rakyat Sabah, Common Tower Technologies  kepada syarikat Malaya Stealth Solutions Sdn Bhd milik Dato’ Amrul Hisyam Alias.

Di depan mereka melaung hak Sabah tetapi dibelakang mereka menjual hak Sabah demi komisen puluhan juta ringgit untuk diri mereka sendiri bukan parti.

RM3 bilion peruntukan Jalinan Digital Negara (JENDELA) kepada Sabah dan yang mendapat kontrak eksklusif membangun infrastruktur telekomunikasi di negeri ialah Common Tower Technologies. CTTSB perlu menaiktaraf lebih daripada 2,000 menara telekomunikasi dan 400 projek baru.

Bung tidak boleh menahan diri apabila Hajiji membuang Salleh Said sebagai Pengerusi Khazanah kerana semua dana rasuah banyak di situ. Projek telekomunikasi, skytrain, dan kutip dana Utiliti Sabah juga tergugat. Projek Suhaimi Nasir Bendahari UMNO Sabah yang juga MP Libaran akan tergugat sama.

Bayangkan RM3 bilion projek syarikat Sabah mereka jual kepada Malaya untuk mendapat komisen ratusan juga. Maka tidak hairanlah Ghazali Ansing mempunyai RM80 juta dalam akaun peribadi untuk membeli banglo mewah di Kuala Lumpur dengan harga RM7 juta.

Belum masuk Ghazali Ansing ‘pau’ kontraktor projek konsesi projek bekalan air yang tidak wujud di Sabah tetapi wang telah diambil.
Sekarang Bung Moktar mengamuk demi kontraktor bernama Babi Chong, Michael chin dan Liew Kuat Keong Syarikat Sri Jutaya Sdn Bhd yang juga monopoli projek lebih RM1 bilion sebelum PRU-15. Surat kelulusan diberi namun peruntukan dari MOF Sabah tiada. Berapa puluh juta Bung pau Babi Chong, Michael chin dan Liew Kuat Keong Syarikat Sri Jutaya Sdn Bhd sebelum PRU15 atas alasan perbelanjaan pilihanraya namun hakikatnya belanja diri sendiri.

Sumber – https://sabahbigmouth.wordpress.com/2023/01/08/bung-mengamuk-salleh-dipecat-projek-jendela-rm3b-qhazanah-rasuah-berjuta-dan-jual-saham-syarikat-common-tower-oleh-ghazali-terus-dibongkar/ 

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.