UMNO Baru - Kuala Lumpur

BESTINET DATO SRI AMIN BANGLA VS EPPEX KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Bangla durjana ini Dato Sri Amin yang menjarah harta negara, membeli kerakyatan Malaysia daripada Menteri  Keselamatan Dalam Negeri, membawa masuk berjuta Warga Bangladesh ke negara ini melalui penipuan kelulusan dan bersengkongkol dengan Menteri Sumber Manusia. 

Malaysia jatuh  ke tier 3 dalam index penilaian perdagangan manusia dan bakal berdepan dengan sanction diperingkat antarabangsa. Ini semua kerana Amin Bangla ini yang bermaharajalela membeli ahli politik, penjawat awam, pihak  berkuasa keselamatan dan semua yang terlibat dalam urusan perniagaannya. Amalan mafia Bangladesh dan India beliau laksanakan dalam urusan menyakau kemasukan pekerja asing ini . Dato Sri Amin dikawal oleh 6 orang bodyguard bersenjatapi dan mereka mengawalnya seperti seorang Sultan. Itulah gambaran seorang Bangla yang hidup setaraf dengan Raja Raja Melayu di Malaysiaku ini.

Apakah itu Bestinet.? Pemilik Bestinet adalah Dato Sri Amin Bangla yang berkuasa penuh  terhadap mengawal selia keseluruhan sistem ini.  Bestinet adalah satu pembangunan sistem atas talian yang dibangunkan untuk membuat permohonan pekerja asing Bangladesh ke negara ini. Sistem permohonan ini dikenali secara  ringkasnya sebagai Aplikasi Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS). 

Bestinet melalui FWCMS  ini adalah rangkaian talian yang disambung terus dengan sistem penghantaran pekerja asing di Kementerian Sumber Manusia Bangladesh. Betapa  berkuasanya Amin Bangla sehingga dia mampu mengusai sistem dalam Kerajaan Bangladesh dan Malaysia. Bestinet telah di parking di Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan Amin telah menempatkan pekerjanyan di Kementerian berkenaan bagi menguruskan sistem ini.

Di Malaysia pihak Kementerian Sumber Manusia membuat persediaan dengan rapi untuk menguruskan kemasukan pekerja asing ini dengan berhemah  dan menepati piawaian antarabangsa. Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan berjuta ringgit membangunkan sistem EPPEX yang dikawal selia sepenuhnya oleh Kementerian Sumber Manusia bersama agensi Kerajaan yang lain bagi pengurusan  kemasukan pekerja warga asing supaya telus, terkawal dan menepati kehendak  dan dasar negara serta Pertubuhan Buruh Antarabangsa .

Malangnya Menteri Sumber Manusia yang dikawal sepenuhnya oleh Dato Sri Amin Bangla ini telah mengarahkan APEEX tidak digunakan dan mengeluarkan arahan supaya Bestinet digunakan pakai  dan diangkat  masuk dalam rangkaian sistem kemasukan pekerja asing di Kementerian Sumber Manusia. Menteri Sumber Manusia pada masa tersebut Saravanan yang mengaut ratusan juta bersama gang-gang MIC termasuk Tan Sri Viki memayungi Amin sepanjang masa. Kita tidak merasa jaki atau cemburu dengan mereka ini tetapi kita marah kerana mereka meratah pendapatan yang sepatutnya menjadi hak negara malahan menghumban negara kepada masalah human trafficking yang sangat dahsyat.

Terbaru , Bagaimana Amin dan Menteri Sumber Manusia buat duit..? Jabatan Tenaga Kerja ( JTK ) menerima permohonan hantar kepada Kementerian manakala pihak Kementerian menghantar kepada FWCMS Bestinet yang dikawal selia oleh Amin Bangla untuk pengeluaran kelulusan. Maka menjadi Hal Amin sama ada dia nak deal macam mana selepas itu. Kementerian tidak ada kuasa lagi. 

Amin akan akan terus deal dengan majikan yang membuat permohonan untuk tujuan kelulusan. Bagi majikan yang tak mampu bayar maka permohonan mereka tidak diluluskan atau diluluskan paling minima dibawah 10 orang walaupun permohonan mereka lengkap  mengikut keperluan majikan. Bagi yang menggunakan agent mereka deal direct dengan Amin untuk dapat kelulusan. Amin dan Menteri buat duit melalui agent dan majikan di Malaysia dan Bangladesh . Mereka mengawal semua agent di Bangladesh melalui syarikat yang dibenarkan sahaja melalui kelulusan oleh Menteri Sumber Manusia. Betapa antarabangsanya kegiatan haram mereka ini melibatkan Menteri Sumber Manusia sendiri.

Terbaru, sebelum PRU 15 Saravanan dikatakan meluluskan 500 ribu kelulusan khas permit masuk  pekerja Bangladesh ini. Kelulusan Khas ini tidak melalui JTK Kementerian Sumber Manusia. Menteri mempunyai kuasa untuk meluluskannya. Dilaporkan Menteri dan Gang- Gang MIC memperolehi RM 1500 bagi setiap kelulusan. Walaubagaimana pun apabila pihak task force membuat pemeriksaan terhadap agent yang memperolehi kelulusan ini mendapati ada yang mengaku majikan langsung tidak mempunyai pejabat, malahan ada yang menggunakan alamat pejabat kosong yang tidak tahu siapa punya. 

Kita boleh tengok betapa teruknya rasuah tahap Menteri bersama Amin Bangla ini yang bakal menghancurkan negara.

Satu lagi masalah negara ini adalah KSN. Zuki  ini KSU-KSU semua dia kawal. Ada yang perlu hantar ufti. KSU Kementerian Sumber Manusia dia tidak lantik lebih setahun. Di biar kosong . Ini kerana dia selesa dengan Timbalan KSU yang selalu hantar ufti duit Amin Bangla kepada dia. Zuki ini dan kaya raya dengan duit rasuah daripada tiga generasi Perdana Menteri. Sudan lah tu. 

Mengapakah dinamakan Bestinet…? Ini ada kaitan dengan Bastian Pegawai Khas Dato Sri Hisyamuddin pun terlibat dengan Bestinet ini. Mula sejarah asal Bestinet ini  dulu dirancangkan Bastian bersama Amin Bangla. Sebab itu Bastian masih lagi ada saham di Bestinet ini . Dia selalu dibekalkan dengan duit oleh Amin Bangla sebagai pelaburan berterusan persediaan Hisyamuddin menjadi PM. 

PM dan Menteri Menteri baru jika mahu mengotakan janji kepada rakyat untuk tentang rasuah  hindarilah Dato Sri Amin Bangla ini daripada mendekati anda semua. Tarik balik taraf warga negara daripadanya . Nyah beliau  balik ke negara asalnya. 

Kerajaan baru jiwa pun perlu baru. Tolak pengkhianat negara Dato Sri Amin Bangla.

Untuk Dato Sri Amin Bangla jangan sampai kami dedah tentang sistem ‘locket’ yang awak buat…

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.