UMNO Baru - Kuala Lumpur

PENGKHIANAT DATO SRI AMIN BANGLA PANCING KERAJAAN BARU

Tahniah kepada Dato Sri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baru. Semoga Dato Sri terus memajukan negara ini kembali ke landasan sebenarnya.

Dato Sri Amin Bangla orang yang paling berkuasa dalam negara ini memungut berbiloon ringgit dengan menggadai maruah negara menjual orang. Beliau membangunkan sistem Bestinet dan diletakkan di Kementerian Sumber Manusia untuk urusan pengambilan pekerja asing Bangladesh.

Amin begitu berkuasa telah mengawal sistem kemasukan warga Bangladesh daripada rumah mereka di Bangladesh hingga ketempat kerja mereka sisini. Amin memerah wang daripada warga Bangladesh yang mahu bekerja disini termasuk majikan yang mahukan khidmat pekerja asing Bangladesh ini. Siapa yang mahu bayar under table permohonan mereka akan diluluskan jika tidak maka peemohonan akan ditolak.

Inilah punca utama Malaysia amat lambat dalam menguruskan kemasukan pekerja asing. Ladang- ladang amat terdesak mahukan pekerja. Sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia nampak telus tetapi Amin Bangla dibelakangnya yang menjarah wang dan rasuah serta diagihkan kepada Menteri Sumber Manusia, Menteri UMNO, Pegawai Tinggi SPRM, Pegawai Polis, KSU Kementerian tertentu, sebahagian besar pegawai Bahagian task force Kementerian Sumber Manusia .

Buktinya dimana saja Dato Sri Saravanan bekas Menteri Sumber Manusia berada disitulah Amin Bangla berada. Amin Bangla sponser berjuta-juta ringgit untuk kempen Saravanan. Amin Bangla menyediakan segalanya untuk Saravanan berkempen. Saravanan diberi RM 1000 bagi setiap pekerja Bangla yang masuk ke negara ini. ( Gambar bukti bersama Sara disertakan)

Amin Bangla pernah ditangkap SPRM, dia menyogok pegawai SPRM berjuta ringgit dan beliau dilepaskan malah dilayan seperti Raja Melayu ketika ditahan. Amin amat bermaharaja lela dalam tindakannya kerana mampu menyogok semua peringkat dalam kerajaan. Kerajaan baru perlu tengok SPRM ini. Dah sangat teruk mereka ini. SPRM perlu di pulihkan. Kalau tidak semua pihak tidak akan merasa takut untuk merasuah dan menerima rasuah. Kerana mereka boleh berkompromi. Sebab itu negara sekarang rosak kerana rasuah.

Terbaru untuk terus mendapat tempat dalam kerajaan baru Amin Bangla ini telah hadir di PWTC ketika Datuk Seri Anwar berada disana berjumpa AP
UMNO. Dia pun boleh menyelit disana. Amin juga telah mula memberi hadiah-hadiah mahal kepada ahli keluarga Perdana Menteri.

Dato Seri PM dan semua Menteri baru kita ingin berpesan berhati hatilah dengan Amin Bangla ini . Jangan dia dilayan lagi. Negara sudah rosak teruk kerana nya. Seorang bangsa Bangla begitu berkuasa di Malaysia, membeli para Menteri dan menyogok untuk dapat IC Biru, berkahwin rakyat tempatan untuk dapat status orang Malaysia.

Kemudian buat kerja kotor busukkan nama Malaysia hingga jatuh ke Tier 3 . Kita perlu buang dia sekarang dari radar negara. Tarik balik taraf warganegara yang dia perolehi secara gelap ini. Ini kali lah kita tendang dia…. Demi negara tercinta.

Sayangilah negara ini dan rakyat kita . Kita menyeru inilah masanya Kerajaan Baru menolak Amin dan menghumban beliau kepenjara.

Dato Sri Amin… Demi negaraku tercinta ATIPSOM sewajarnya untuk mu.

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.