UMNO Baru - Kuala Lumpur

KENAPA KPPA DIFITNAH

Kejadian di KLIA yang diviral melibatkan KPPA yang dituduh menengking Anggota Imigresen di khalayak ramai merupakan satu yang tidak masuk akal. Kejadian seperti dilapor sebenarnya tidak berlaku dan jika benar tunjukkan rakaman di CCTV yang penuh di KLIA tentang kejadian tersebut.

Ada bersama KPPA di situ adalah beberapa pegawai JPA juga dan boleh bertanya mereka tentang kejadian sebenar. Memang KPPA menegur Anggota Imigresen tersebut kerana dikatakan tidak beretika dan beradab serta tidak mengecop Paspot beliau. Kalau tidak boleh ditegur sampai Menteri dan KP Imigresen masuk campur ini mesti ada udang disebalik batu kerana imigresen juga berada dibawah kawalan KPPA sebagai ketua kakitangan awam.

Apa hal dengan kakitangan awam sekarang. Teramat manja dan presiden Ceupacs sendiri cuma tahu nak tuntut kenaikan gaji saja. Kena tegur dan herdik dengan bos besar pun dah komplen sana sini.

Hakikat sebenar KPPA difitnah adalah:-

1. 11 Ogos 22 ini adalah hari terakhir KSN. Beliau mahu disambung secara kontrak dan kluster beliau termasuk KP Imigresen dan Presiden Ceupacs bekerja kuat supaya memburukkan pesaing beliau iaitu KPPA. Sebab itu KSN melarang KPPA hadir semasa perjumpaan dengan Presiden Ceupacs Isnin lepas. Mereka ada agenda tersembunyi.

Kenyataan tuntut kenaikkan gaji dan akan piket dijalanan adalah satu wayang yang telah diatur antara KSN dan Presiden Ceupac bagi menunjukkan keburukan KPPA yang tak buat apa-apa dan KSN telah panggil Ceupacs untuk berunding. Disini nampak KSN yang terpaksa main peranan. Sedangkan isu ini dah lama Ceupacs perjuangkan tetapi KSN buat pekak saja sebelum ini.

Presiden Ceupacs pula baling batu sembunyi tangan dengan menggunakan Presiden Persatauan Kakitangan Imigresen yang dibawah kawalannnya untuk viral isu ini. Sedangkan beliau bersama KSN dibelakangnya dan cuci tangan. Presiden Kakitangan Imigresen pulak kaki dadah, tahik judi memang senang dikuasai.

2. KSN seorang yang sangat buruk laku dan tidak beretika. Beliau menjarah harta negara dan menerima rasuah daripada berbagai pihak. Seorang perasuah tegar yang diketahui oleh ramai orang terutama ahli perniagaan.

3. KPPA merupakan pesaing utama jawatan KSN ini. KPPA juga mengetahui apa yang dilakukan oleh KSN dan beberapa KSU yang merupakan orang kanan KSN. Oleh yang demikian beliau telah membuat beberapa pertukaran KSU Perasuah Tegar orang kanan KSN ini yang telah menimbulkan kemarahan mereka dan sebahagian besar golongan perasuah tegar dalam PTD.

4. KP Imigresen pula adalah anak didik kesayangan Menteri Dalam Negeri yang telah merima rasuah daripada berbagai pihak termasuk turut bekerja sama dengan Dato Sri Amin Bangla. Isu Indonesia tidak mahu menghantar pekerja ke Malaysia baru baru ini adalah berpunca daripada agenda KP imigresen dan kuncu di KDN. Mereka tak peduli negara lagi dah, asal poket penuh.

5. KPPA merancang untuk menukar KP Imigresen kerana banyak maklumat yang JPA terima tentang salah guna kuasa yang beliau lakukan serta menggunakan kedudukan beliau untuk menerima rasuah terutama dalam urusan kemasukan warga asing dan urusan dipintu pintu masuk negara.

6. KSN yang mengetahui perkara ini telah menghalang dan berpakat dengan KP Imigresen untuk mengenakan KPPA dengan perjanjian tidak akan ditukarkan jika KSN disambung.

7. Perancangan seterusnya jika KSN disambung KPPA akan dikeluarkan dan diganti dengan KSU orang KSN siapa lagi kalau bukan KSU KDN yang dah pangkat turus sekarang. Siapa yang bagi turus kepada beliau kalau bukan KSN. KSU KDN ini yang juga abang adik dengan dengan KP Imigresen. Jadi semua mereka selamat dan meneruskan kerja-kerja gelap mereka. Allahuakbar habis hancur negara ku.

8. KSN tidak mahu bersara lagi walaupun dia lantikan zaman PH. Dia amat takut jika bersara maka SPRM akan membuka siasatan terhadap beliau. Jika beliau disambung secara kontrak pada tahun hadapan beliau juga akan menguruskan untuk menyambung kontrak KP Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang akan bersara pertengahan tahun hadapan. Maka semua penjarah dan perosak negara ini akan terus berkuasa dan selamat.

9. Kebanyakkan pucuk pentadbiran perkhidmatan dalam kerajaan sekarang adalah golongan perasuah tegar. Mereka akan berpadu tenaga menyerang mana- mana pihak yang cuba memutus dan merosakkan rangkaian mereka.

10. Pentadbiran Awam Kerajaan sekarang perlu di rombak secara besar besaran. Sebahagian besar pentadbir yang dikuasai oleh PTD telah menjadi busuk dan rosak teruk. Mereka menjadi perasuah tegar yang tidak nampak dimata tetapi menjadi amalan harian kini. Ia bukan lagi urusan dibawah meja tetapi telah menjadi diatas meja.

Kesimpulannya apa yang berlaku terhadap KPPA bukannya kerana beliau seorang yang teruk sebaliknya beliau adalah seorang yang cuba untuk membuat perubahan. Tan Sri Sidek dulu juga kuat mengherdik namun tatkala pentadbiran beliaulah Perkhidmatan Awam dilihat cemerlnag.Dalam situasi kerajaan lemah sekarang, puak
inilah yang berkuasa. KPPA perlu tahu itu, jangan jadi bodoh main langgar saja.

KPPA silap kerana naif dengan siapa beliau berhadapan. Beliau berhadapan dengan sistem yang telah busuk. Beliau menjadi mangsa golongan yang rakus untuk berkuasa serta ingin meneruskan agenda perasuah tegar mereka. Ikan kalau mula membusuk adalah daripada kepala.

KPPA sedarlah hari ini tuan adalah mangsa mereka. Tak usahlah nak tunjuk pandai untuk tadbir Pentadbiran Awam ini. Banyak buaya dan Harimau yang tak boleh diasuh lagi.

Menteri KDN, Jangan menyibuk hal pentadbiran awam. Kerja Dato Sri pun berselepat dan selekeh, YB sendiri sudah berbulan-bulan tidak masuk pejabat jadi teruskan sahaja lah tidak masuk pejabat Itu sehingga Dato Sri diterima kembali masuk ke dalam UMNO.

c&p:seluangmelaut.com

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.