UMNO Baru - Kuala Lumpur

PENJAWAT AWAM RASUAH NEGARA AKAN PARAH

Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku patik pacal yang hina dari desa merafak sembah membawa berita durhaka . Bak pepatah nak ditelan mati emak nak di luah mati ayah. Negara dibawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku ini berada diambang bahaya kerana tingkah laku durjana  segala pentadbir yang diberi amanah untuk menjaga negara tetapi mereka ingkar kepada sumpah perlantikan mereka. Mereka terus menjarah harta negara seadanya tanpa rasa segan silu dan malu seperti rakyat marhain tidak tahu. 

Kepada Memanda Perdana Menteri kami rakyat marhain ini menuntut ketegasan Dato Sri menangani salah laku dan amalan rasuah yang semakin menjadi jadi dikalangan warga pentadbir negara. Sesungguhnya ia berlaku disekitar Memanda Perdana Menteri juga dan rakyat melihatnya dengan rasa haru, kecewa dan bimbang terhadap nasib negara. 

Penjawat Awam tonggak pentadbiran negara. Ia umpama tiang seri sebuah rumah. Kalau kalau tiang seri ini rebah maka rumah tersebut akan roboh atau senget. Begitulah negara ini, jika kakitangan awam menganggap rasuah sebagai amalan biasa tanpa rasa bersalah maka kehancuran negara akan melanda.

Pentadbiran Awam Negara diketuai oleh Ketua Setia Usaha Negara wajib berpegang kepada prinsip menjaga amanah dan keselamatan negara. Ini KSN sendiri terlibat dengan berbagai agenda untuk mengaut keuntungan. KSN meletakkan Salehuddin Ayubi di PMO sebagai KSN kecil untuk kawal dan  mengatur gerak agenda di PMO dan Salehuddin dijadikan orang pengantara dengan PM. Salehuddin ini dirancang untuk jadi KPPA atau KSN menggantikan beliau.  Salehhudin ini bubun pun masih lembut dah mencanak naik pangkat.

Mereka berpakat dalam banyak hal dan KSN sendiri lantik saudaranya yang dah dua tahun bersara jadi Datuk Bandar. Banyak tanah dan harta rakyat si Kuala Lumpur dan sekitarnya telah dipindah milik dengan kuasa KSN dan kemudian mereka kaut keuntungan dengan bangganya. 

Masyaallah Tuanku. Itu pun sedang melobi untuk disambung kontrak. Sebelum ini beberapa KSU proksi beliau telah disambung kontrak dan apabila KSN disambung maka akan wujudlah kekukuhan rangkaian mereka yang terdiri daripada KSU KDN, Sallehuddin, dan beberapa orang lagi. Mereka akan membentuk pakatan Pantai Timur untuk menguasai pentadbiran negara. 

KSU, Timbalan KSU , SUB di kebanyakkan kementerian sehingga pegawai di Suruhanjaya Pilihanraya semua dikepala mereka berfikir macam mana  nak buat duit. SPRM dah masuk dibeberapa Kementerian sebagai main wayang. KSU dan Kakitangan awam tertinggi berkawan dengan kartel-kartel penyeludup minyak masak subsidi, minyak dan gas, gang berbagai sindikit dan seringkali ditemui dipadang- padang golf kelas pertama.  

Heboh sekarang isu kemasukan pekerja warga asing. Dikatakan Amin dah  bayar berjuta mepada Pak Menteri dan kakitangan Kementerian Sumber Manusia dan KDN. Indonesia ambil tindakan tegas kepada kita baru Pak Menteri sibuk nak bincang balik. Kalau tidak  kehulu kehilir dengan Amin Bangla dan gang sakau Kementerian Sumber Manusia dengan priver jet yang Amin Sewa. Tahap haprak Kakitangan Awam Tertinggi negara sekarang. 

Contoh surat yang ditandantangani oleh seorang Timbalan KSU untuk Kerajaan Bangladesh. Kandungan cantek tapi ia adalah satu tindakan mengaburi mata kerajaan dan orang ramai tindakan under carpet yang mereka buat. Surat sebegini jugalah dibentang di kabinet dan setelah kabinet lulus Amin Bangla yang ambil operasinya. Satu Malaysia di beli oleh Bangla Tuanku termasuk yang bekerja di PMO. Malunya kita bangsa Keluarga Malaysia ini.

Satu Bangladesh cuak dengan kegiatan Amin Bangla dan kita di Malaysia masih berkawan rapat dengan dia yang dianggap sebagai VVIP  dan dia terus memperolehi berjuta juta  dengan aktiviti jual orang ini. Tak ada satu pun Menteri yang kritik Amin Bangla dan cuba bentang kesalahan yang dia buat. Bukan susah pun, kaji dan siasat Sistem Bestinet saja dah boleh tahu siapa punya dan bagaimana ia beroperasi. 

Ampun Tuanku,

Kita tunggu Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang siapa yang akan bersuara berhubung perkara-perkara mungkar terhadap negara ini. 

Kerajaan habis berjuta bangunkan sistem tetapi Amin punya juga yang dipakai. Audit sedang periksa sekarang kenapa sistem Pengurusan Kemasukan Pekerja Asing yang dibangunkan oleh vendor KSM ditolak oleh Menteri. Jangan Audit pon telah dibeli oleh Amin Bangla ini.

Akbar-akhbar antarabangsa mengkritik dan mendedah kerja jahat Amin Bangla ini dan mereka menunggu masa untuk membelasah negara kita nanti kerana gagal mengurus kemasukan pekerja asing dan penuh dengan aktiviti penyelewengan dan rasuah. Negara akan dituduh sebagai negara menjual beli manusia. 

Mana tidaknya cuma sekitar RM 5 K jika Syarikat dari Bangladesh yang urus kemasukan . Sekarang dah jadi RM14 K dengan berbagai charges tambahan sengaja dibuat oleh 25 Syarikat proksi Amin dan KSM untuk tujuan buat duit oleh gang-gang di Kementerian Sumber Manusia dan proksi mereka. 

Masyaallah Tuanku. Ampun Tuanku beribu Ampun Sembah Patik harap diampun.

Terima kasih.

c&p:seluangmelaut.com

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.