UMNO Baru - Kuala Lumpur

SISTEM KEMASUKAN PEKERJA WARGA ASING MARUAH NEGARA TERGADAI

Kegagalan akibat daripada  ketirisan sistem pentadbiran dalam negara berpunca daripada rasuah dan penyelewengan pemimpin atasan kakitangan awam dan pemimpin politik negara kian menjadi parah. Walauoun ditegur dan dinasihati berkali kali mereka meneruskan juga agenda mereka untuk menjarah kekayaan melalui kegiatan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Terbaru akibat daripada melanggar MOU yang ditandatangan bersama kerajaan Indonesia, maka Indonesia telah memberhentikan penghantaran serta merta pekerja mereka kenegara ini. Ulasan Duta Indonesia berhubung pemberhentian ini amat tepat dan menghiris hati rakyat Malaysia menyifatkan kita mempermainkan perjanjian yang di metrai bersama melibatkan Perdana Menteri dan Presiden Indonesia sendiri.  

Betul cakap Duta Indonesia tersebut. Untuk menjaga kartel yang menyuap mulut petugas yang terlibat dengan urusan kemasukan pekerja warga Indonesia pihak bertanggungjawab seperti Imigresen , KDN dan KSM melanggar segala MOU yang ditandatangai sebelum ini. 

Memalukan dan tahap haprak sikap kakitangan dan petugas yang terlibat termasuk Menteri dan KSU yang menjadi pengawal kepada MOU berkenaan. Ini lah bahananya akibat rasuah yang berleluasa dan kegagalan penguatkuasaan secara telus dan luhur.

Menjengah kepada kemasukan pekerja warga Bangladesh pula , Menteri dan KSN membuat pekak badak diatas teguran yang dibuat. Mereka meneruskan juga kerja-kerja menyakau belakang tabir walaupun Kerajaan Bangladesh amat tidak berpuas hati dengan tindakan Menteri dan proksinya Amin Bangla. Mereka mengugut agensi di Bangladesh, memberi berbagai amaran bagi yang tidak mahu patuh kepada arahan dan kehendak mereka. 

Kita yakin negara ini juga akan menerima kecaman dan tekanan Bangladesh nanti kerana gagal mengurus kemasukan dengan tertib dan memuaskan. Pihak pemantau antarabangsa berhubung pekerja asing dan penyeludupan manusia akan menekan kita dengan kegagalan memantuhi piawaian antarabangsa dan kita akan dianggap sebagai negara ‘Bangsat’.

Antara perkara pelek berlaku adalah:-

  1. Sepatutnya 25 syarikat yang diberi lesen kemasukan bukan  kerajaan Malaysia yang tentukan. Itu hak kerajaan Bangladesh.  Ini Amin dan Menteri yang tentukan.
  2. Malaysia mengenakan Kos berbagai untuk kemasukan berjumlah sekitar RM 14 Ribu melalui berbagai charge. Sepatutnya dibawah RM 5 K sahaja jika diuruskan oleh Kerajaan Bangladesh.
  3. Menteri , KSN, Tksu memberikan maklumat yang  salah kepada umum .Tksu memberi arahan kepada Duta Bangladesh untuk buat tindakan berasaskan kehendak proksi Amin Bangla. Tindakan Kementerian Sumber Manusia di ketahui muslihatnya oleh Kerajaan Bangladesh.

Menteri beberapa kali membuat ugutan kepada semua yang terlibat dengan urusan kemasukan warga Bangladesh ini. Jika tidak mahu ikut caranya yang merupakan cara yang diatur bersama Amin Bangla  dia akan blacklist terus company dari sebarang permohonan.

Kalau dibiarkan Malaysia akan terus mendapat aib di peringkat antarabangsa dan negara-negara pembekal pekerja tidak berminat lagi untuk menghantar pekerja mereka kenegara ini. Kita dilihat tidak menjunjung perjanjian dan undang-undang serta tidak boleh dipercayai.

Maklumat dari Bangladesh memaklumkan  RM200 juta telah dikeluarkan dari Bangladesh oleh Dato Sri Amin Bangla untuk diagihkan kepada  Pentadbir utama negara , Menteri-Menteri supaya menutup mulut. Ini jelas tiada satu Menteri pun yang bersuara tentang penyelewengan yang berlaku malahan ramai di kalangan mereka kenal rapat dengan Amin Bangla dan telah dapat habuannya.  Tiada siapa yang berani kritik Amin Bangla. 

SPRM dengan cara bijaksana  boleh check record bank negara duit yang Amin terima dari 2013-2018. Termasuk duit dari UAE dan Bangladesh. Ini untuk kepentingan negara kita semua. Tiada negara lain lagi kita mahu pergi. Ini lah negara yang kita ada dan cintai.

Kejadian memalukan dengan Indonesia tidak boleh berulang dengan negara lain pula. PM pun harus ambil tindakan segera untuk hentikan penyelewengan yang berlaku atau nama negara akan terus busuk diluar sana. 

Sikap Menteri Sumber Manusia dan KSN yang menyebabkan penyelewengan ini berlaku, memperlihatkan kelemahan PM dalam menangani krisis dan masalah pekerja asing memberi kesan negative kepada ekonomi dan politik negara. Jika laporan penilaian ranking tier kita jatuh lagi tahun ini maka kita boleh dikenakan santion yang bakal memberi kesan yang amat buruk kepada negara. 

 GENG KSM DENGAN PRIVATE JET

Untuk mereka yang berkuasa seperti AGC , SPRM, Polis marilah kita sama- sama bekerja dengan penuh bertanggungjawab demi Agama, Bangsa dan Negara. Dibahu anda lah semua harapan negara disandarkan untuk terus mara dengan maju jaya , bersih dan dihormati dikaca mata dunia. Hindarkan lah negara kita daripada di label sebagai negara yang menyeleweng dan mengamal rasuah oleh pihak luar.

Untuk Tuanku dan Perdana Menteri rehatkanlah mereka yang disiasat ini walaupun siapa saja termasuk para Menteri dan KSN. Kepada Tuanku dan YAB Perdana Menteri lah saja negara dan rakyat menaruh harap sekarang.

c&p:seluangmelaut.com

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.