UMNO Baru - Kuala Lumpur

HANYA CURI 2 PEKET MILO, SURI UMAH ANAK 4 DIPENJARA 14 BULAN BUAT RAMAI TERKEJUT

Malaysia ku Sayang. Aku merantau meredah lautan mencari sesuap nasi untuk keluarga dan kehidupan di Tanah Air ku tercinta Malaysia. Tapi aku saksikan ketidak adilan berlaku dengan berleluasa. Pihak berkuasa dikuasai oleh kartel-kartel lansung tidak peduli lagi hal kesejahteraaan dan keselamatan negara sekarang serta masa depan.

Pihak keselamatan yang kurang kerja sekarang mengatur jejak mencari laba dengan bersengkongkol bersama sendikit dan kartel. Mereka tidak merasa bersalah tidak menyiasat aduan rakyat marhain yang ditipu, diiniaya, diugut, dirampas harta mereka. Mereka tong sampahkan laporan yang menyentuh kartel dan sendikit peliharaan mereka. 

Yang terus teriniaya rakyat biasa yang merana mencari nafkah untuk anak yang kian membesar. Puak mentadbir negara dengan pakaian berjenama jam ratusan ribu, kasut puluhan ribu yang jika dihitung dengan pendapatan mereka tidak setara sama sekali. 

Tengoklah… mana ada lagi keadilan dan kesaksamaan. Yang susah dan hina terus terhimpit dengan tindakan manakala yang menjadi pentadbir menjarah harta negara dan rakyat bebas melakukan lagi tanpa sebarang tindakan dan teguran. Mashaallah…

Ini di Malaysia ke atau di Uganda. Dimana keadilan… rosak negara kerana penguasa yang beekuasa dan tiada yang mampu menegur. Kerana mereka semuanya sama. 

Allah matilah negara ku nanti…

Gambar Dari – https://sengatdaily.com/hanya-curi-2-peket-milo-suri-rumah-anak-4-dipenjara-14-bulan-buat-ramai-terkejut/ 

c&p:seluangmelaut.com

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.