UMNO Baru - Kuala Lumpur

SURAT RAYUAN UNTUK TUANKU

Salam Aidul Adha Tuanku , 

Ampun Tuanku, Sembah Patik harap diampun, merafak sembah daripada  patik rakyat marhaen  yang hina ini. Mohon kebawah Duli Tuanku memberi sedikit perhatian terhadap kesusahan rakyat jelata akibat daripada angkara kerakusan Ketua Setia Usaha Negara bersama rangkaian nya yang menjarah harta rakyat dan negara . KSN adalah lantikan Memanda Menteri sebelum ini. Kebawah Duli Tuanku rakyat memohon agar ditamatkan perkhidmatan KSN ini. 

Ampun Tuanku, 

Berita telah tersebar ke seantero rantau, bukit dan gunung tentang kerakusan kumpulan ini bersama KSN  menjarah wang dan tanah serta bersengkongkol dengan sindiket-sindiket serta along-along besar. Untuk menjarah tanah- tanah di kawasan Kuala Lumpur KSN telah melantik saudara rapatnya menduduki jawatan sebagai Dato Bandar Kuala Lumpur. 

Dato Bandar ini telah dua tahun bersara dan diambil bekerja semula bagi satu tujuan untuk memudahkan kerja-kerja menyusun, mencari gali ruang dan peluang untuk memperoleh tanah- tanah di Wilayah untuk diratah oleh KSN dan groupnya. Mereka bergerak seperti sindiket besar yang mempunyai lesen yang tidak nampak kesalahan kerana menggunakan kuasa yang ada pada KSN untuk cover tindakan mereka. Habis tanah-tanah di Wilayah tergadai kepada konglemerat dan taikun besar dengan kumpulan ini di bayar puluhan juta ringgit. Mereka kemudian membedak sesama sendiri dengan imbuhan terbesar kepada KSN.

Ampun Tuanku,

SPRM ini mohon izin patik persembahkan kebawah duli Tuanku kerana ia adalah dibawah bidang kuasa Tuanku. Jilakau mereka benar-benar jujur dan ikhlas untuk rakyat dan negara mereka akan bertindak tidak pilih bulu. Sewajarnya dengan bukti surat-surat salah guna kuasa yang dapat membuktikan KSN dan Dato Bandar KL terlibat mereka juga perlu disiasat. KSN perlu dipanggil untuk beri keterangan tentang penularan dan ketulinan surat tersebut. Pegawai yang terlibat perlu dipanggil untuk mengesahkannya. Tetapi SPRM tidak akan berbuat begitu kerana mereka juga perlu kehadiran KSN untuk berada didalam group mereka demi kelangsungan kepentingan individu didalam SPRM sendiri.

Tuanku, akhirnya semua sistem dalam negara yang dibina atas kepentingan negara dan rakyat habis hancur di lanyak oleh pihak-pihak yang diberi amanah oleh Kerajaan, rakyat dan negara. Dan akhirnya yang menerima padah daripada angkara mereka ini adalah rakyat jelata yang jujur ikhlas, bertungkus lumus untuk menjaga  keluarga dan membina negara.

Ampun Tuanku, Malang sekali situasi negara sekarang tuanku. Kartel- kartel besar begitu berkuasa sekarang. Merekalah yang menentukan hala tuju negara. Harga ayam kerajaan cakap akan meningkat pada bulan Julai tidak menjadi kenyataan kerana kartel-kartel melambakkan bekalan ayam tatkala itu. Mereka buat apa yang mereka suka dan mengawal segalanya. Menteri dalam Kerajaan seolah olah seperti pupet yang bekerja untuk mereka. 

Tuanku, kebanyakkan KSU, SUB ada tuan masing masing dan mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan untuk diri. Kebanyakkan mereka bergantung dengan KSN dan membantu KSN dalam kegiatan mereka. Sekarang mereka berpakat untuk menyambung KSN dan kalau tak boleh disambung mereka akan meletakkan orang-orang mereka sebagai KSN baru. Ampun Tuanku berhati hatilah supaya Tuanku tidak terkhilaf dalam memilih kerana rakyat kelak akan berterusan menerima padah diatas kedurjanaan mereka ini. 

Ampun Tuanku, kebawah Duli Tuanku jua patik-patik rakyat yang hina ini datang merafak sembah memohon perhatian. Tiada tempat lain lagi hamba rakyat hendak mengadu kerana semua sistem yang ada telah dikuasai oleh mereka yang durjana. Hamba sehaya ini amat perit dengan tingkah laku mereka yang merosakkan negara, bangsa dan agama sendiri Tuanku.

Kebawah Duli Tuanku jua lah hamba sehaya mu ingin bernaung. Duli Tuanku umpama pepohon yang rimbun tempat rakyat berteduh tatkala terik mentari dan hujan yang lebat. 

Ampun Tuanku.

c&p:seluangmelaut.com

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.