UMNO Baru - Kuala Lumpur

AMPUN TUANKU: WARKAH RAKYAT MENJUNJUNG DULI TUANKU

AMPUN TUANKU: WARKAH RAKYAT MENJUNJUNG DULI TUANKU. KEPADA TUANKU KAMI BERNAUNG

Assalamualaikum WBT.

Ampun Tuanku , beribu ampun, sembah patik harap diampun. Sesungguhnya sembah petik ini sembah durjana bagi memastikan rakyat dibawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku tidak terus teriniaya dan di tindas oleh golongan politik dan pentadbir yang rakus menjarah hasil negara dan hak rakyat jelata.

Mohon izin patik mempersembahkan kebawah duli tuan tentang kerisauan dan kegusaran patik berkenaan pengurusan negara Malaysia yang tercinta ini oleh pemimpin dan ketua kerajaan yang semakin hari semakin bermaharaja lela melakukan apa saja kemahuan dan nafsu haloba mereka . Jika dibiarkan maka rakyat akan terus di tindas dan negara akan hancur serta sukar untuk diperbaiki lagi.

Ampun Tuanku,

Penyalahgunaan kuasa yang berlaku amat membimbangkan.  Pihak ketua-ketua pentadbir bersama golongan politik membuat keputusan serta menggunakan kedudukan mereka untuk mendapat keuntungan ratusan jutaan ringgit dan menjadikan rakyat terus tertekan dan dibelenggu kemiskinan. Mereka menjadi perompak harta rakyat melalui peruntukkan undang-undang yang mereka kawal dan kuasai. Negara tidak lagi digerakkan oleh pimpinan kerajaan sebaliknya kartel-kartel besar mengambil  peranan memacu hala tuju pentadbiran negara ke arah yang mereka mahu.

Ampun Tuanku

Golongan ini  mempunyai rangkaian besar dikalangan pegawai atasan kerajaan dan juga terlibat dengan berbagai sindiket serta penjenayah besar demi memenuhi kerakusan mereka . Terus terang patek nyatakan ketua segala kartel ini di gerakkan oleh Tan Sri Zuki, Ketua Setiausaha Negara(KSN)sendiri. Kumpulan ini boleh di sifatkan  sebagai penjenayah berlesen dan selamat kerana kedudukan mereka sebagai pentadbir utama dalam negara. Mereka bersikap pepat diluar rencung didalam, harapkan pegar, pegar makan padi, mengharapkan musang menjaga reban, habis sereban ayam dimakannya.

Disini patik kongsikan maklumat yang patik ada untuk tatapan tuanku. Seluruh rakyat jelata dan marhain ini  hanya bergantung nasib kepada ke bawah Duli-Duli Tuanku  agar dapat berbuat sesuatu atas perkara ini.  Patek  yakin seluruh rakyat hanya bergantung harap pada tuanku dalam menghentikan kegiatan yang tidak bermaruah serta menghancurkan bangsa dan negara ini. 

Diakhir perkongsian patek ini disertakan beberapa dokumen penting kerajaan yang mana tuanku boleh tatap dan nilai.

Ampun Tuanku, 

Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Zuki merupakan seorang individu penting dalam pentadbiran negara. Beliau membina rangkaian tersendiri dengan menyusun pegawai tertinggi dalam kementerian bagi memastikan segala kegiatan beliau berjalan dengan lancar. Secara kasarnya patek label beliau menjadi ketua sindiket  penyelewengan dalam kerajaan. Antara klick beliau yang terlibat sama dalam berbagai kegiatan penyelewengan ini adalah KSU KDN, KSU MINDEF, Timbalan KSU Sumber Manusia,Timbalan KSU Kementerian Pertanian(Dato Bad), bekas KSU KPDNKK HEP (Dato Sri Hasnol), Pengarah JPJ, Dato Asri Hamidon (KSP di Kementerian kewangan) . Mereka ini  mewar-warkan  mempunyai hubungan baik dengan PM dan Tuanku Agong. KSN sendiri mempunyai pegangan saham besar dalam MYEG manakala biras beliau sendiri  berkhidmat sebagai Dato Bandar Kuala Lumpur telah digunakan untuk mengeksploit beberapa keping tanah di bandaraya ini untuk mendapat laba. Rangkaian mereka ini telah memonopoli sebahagian peruntukan kerajaan serta mengaut keuntungan ratusan juta ringgit dengan menggunakan kedudukan dan kepentingan mereka didalam sesebuah kementerian.

Yang terkini Tuanku , KSN telah menggunakan kedudukan beliau untuk mengambil tanah individu melalui ambilan kerajaan dan diserahkan pada pihak swasta untuk dibangunkan yang mana projek mega ini memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada pihak tersebut yang mana sepatutnya rakyat yang mendapat manfaat dari pembangunan kerajaan. Akhirnya rakyat dibebani tetapi keuntungan berpihak kepada individu yang mempunyai hubungan baik dengan KSN. Ketua kongsi gelap yang dikenali sebagai Tan Sri Ta telah membayar puluhan juta kepada KSN demi mendapatkan usahasama dalam projek mega yang melibatkan aset kerajaan. 

KSN juga telah diperkenalkan kepada Dato Sri Amin Bangla oleh Dato Izzudin Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju bagi memastikan setiap projek melibatkan kementerian dalam kerajaan yang diusahakan oleh Dato Amin Bangla mendapat kelulusan segera. Atas perencanaan ini KSN telah mendapat hampir ratusan juta ringgit dengan menggunakan kuasa dan kedudukannya . KSN turut dikaitkan dengan kegiatan mencuci wang  melalui penyimpanan dan pengoperasian yang dilakukan oleh  Dato Nizam Jackel.

Ampun Tuanku, Beribu Ampun Sembah Patek Harap di Ampun. 

Kedua  adalah  gelagat Menteri Sumber Manusia. Individu yang dilihat sangat jelas penglibatannya dalam isu hangat negara melibatkan kemasukan pekerja asing di negara ini. Beliau mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan sindiket terbesar pekerja asing yang di ketuai oleh Dato Sri Amin Bangla. Amin telah memonopoli  kemasukan warga Bangladesh ke negara ini . Dato Sri Amin  bersama Menteri Sumber Manusia  travel kesana kemari ke Bangladesh, India bagi menyususn atur syarikat-syarikat yang akan membawa masuk pekerja-pekerja Bangladesh ini. Mereka membentuk cuma 25 syarikat dibawah kawalan mereka untuk membawa masuk pekerja-pekerja  Bangladesh ini.

Jutaan ringgit Kerajaan keluarkan untuk membangunkan sistem kemasukan pekerja asing kenegara ini yang mana sistem ini diuruskan untuk tender pembangunan oleh KSU- KSU ini  juga. Apabila siap sistem ini ianya tidak digunakan malahan bagi memudahkan urusan mengatur serta mencatur  gerak operasi haram mereka ini sistem yang dibangunkan oleh Dato Sri Amin Bangla diguna pakai. Jadi, Amin yang bangun sistem dan Amin jugalah yang melaksanakan kemasukan data dan melaksanakan pengambilan pekerja Bangladesh. 

Tuanku lihat sendirilah bagaimana pentadbir dan ahli politik negara ini  ini dibeli oleh kartel-kartel yang akhir nanti akan memusnahkan negara dengan rasuah yang bermaharajalela.

Ampun Tuanku. 

Sekarang ini Dato Amin Bangla lah yang berkuasa dan berperanan utama ,berkuasa  dalam menentukan dasar dan kelulusan kemasukan pekerja asing. Menteri dan TkSu hanya mengikut telunjuk Dato Sri Amin Bangla dalam kelulusan kemasukan pekerja asing. Mana mana pegawai yang enggan bekerjasama akan di asingkan dan diletakkan dalam”pool”. Manakala jawatan KSU juga ada yang tidak dilantik tetapi TkSU menanggung tugas KSU. Isu pekerja asing ini masih hangat namun pihak tertinggi kerajaan hanya berdiam diri. Dato Sri Amin Bangla menggunakan kuasa wang yang ada padanya untuk membeli pegawai tertinggi kerajaan dan ahli- ahli politik yang diperlukan. Begitu banyak laporan polis terhadap diri individu ini namun tiada satu pun tindakan telah diambil seolah olah kebal dibumi Malaysia ini. Apa yang berlaku seolah-olah seperti senario yang  berlaku  dinegara di Amereka  Selatan.

Kepimpinan tertinggi dalam Jabatan dan Agensi kerajaan seringkali disambung secara kontrak walaupun telah bersara demi mencapai matlamat kartel-kartel ini.  Ini berlaku kerana mereka ini disukai pihak tertentu demi memudahkan perjalanan gerak kerja haram

mereka untuk mengaut keuntungan. Manakala pegawai kerajaan yang berprestasi tinggi, jujur , amanah serta berpotensi  tidak dapat diketengahkan. Pegawai tertinggi kerajaan ini ramai yang berada di padang golf ketika waktu pejabat kebiasaanya untuk berunding hal-hal tertentu.

Ampun Tuanku, Beribu  Ampun Sembah Patik Harap Di Ampun. 

Seperkara yang patek amat bimbang dan takuti adalah berbubung sistem Raja Berperlembagaan serta kedaulatam Raj-Raja Melayu yang menjadi amalan turun temurun rakyat negara ini. Jika perkembangan ini berterusan negara di uruskan oleh kartel-kartel dan golongan perasuah tegar maka nilai penghormatan kepada institusi Raja- Raja Melayu akan terhakis. Mereka ini tidak mempedulikan lagi peradaban Melayu dan sistem kerajaan beraja dalam negara. Institusi di Raja juga mereka akan beli maka kita amat bimbang sistem negara dengan Raja berperlembangaan akan terhapus dan diganti dengan sistem negara Republik. Ini lah penghujungnya yang akan mereka lakukan seperti mana yang pernah berlaku dibeberapa negara. 

Ampun Tuanku ,

Besarlah harapan rakyat agar semua mereka ini disiasat dan jika mereka melakukan kesalahan serta diambil tindakan sewajarnya. Mereka ini perlu dicutikan jika siasatan hendak dijalankan. Jika mereka di siasat dalam mereka masih lagi memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan,  adalah  mustahil segala maklumat yang berkaitan dapat diperolehi.

Harapan rakyat agar tuanku dan Perdana Menteri memandang serius perkara ini dan mereka yang terlibat serta jika didapati bersalah haruslah dihukum dengan sewajarnya. Andai perkara ini terus berlaku kepercayaan rakyat kepada pemimpin serta pegawai tinggi kerajaan musnah sama sekali. Tan Sri SPRM, Tan Sri KPN, Tan Sri JPA, Dato Sri KPPA diharap dapat memainkan peranan penting dalam menghentikan sindiket terancang yang bakal menghancurkan negara dengan perencanaan oleh Ketua Sindiket iaitu Tan Sri Zuki(KSN). Tindakan serta merta harus dibuat dan siasatan terperinci dilakukan demi membersihkan nama negara Malaysia tercinta di mata dunia.

Ampun Tuanku Beribu Ampun Sembah patik harap diampun. Hamba patek yang marhaen ini memohon tindakan kebawah Duli Tuanku jua. Dibawah Duli Tuanku kami berlindung. 

Terima Kasih

c&p:seluangmelaut.com

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.