UMNO Baru - Kuala Lumpur

‘SPOT-CHECK IMIGRESEN’

DS KPPA pada 25 Jun 2022 telah mengadakan lawatan mengejut ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarintin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar Johor Bharu.

Turut hadir semasa lawatan tersebut adalah Ketua Imigresen KIK Tuan Dairin Unsil dan Pegawai Kastam bertugas Tuan Adzlin Husin.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri proses kerja serta isu-isu yang dihadapi oleh pengguna serta penjawat awam yang bertugas di kaunter imigresen.

Antara perkara yang diberi penekanan adalah menggalakan penunggang motosikal mendaftar dan menggunakan sistem MBIKE agar proses imigresen berjalan lancar dan seterusnya mengurangkan tempoh mengunggu khususnya pada hujung minggu.

Dalam hal ini, pihak KIK dinasihatkan untuk mempromosikan secara agresif berhubung kemudahan digital sediada termasuk yang telah ditambahbaik supaya rakyat lebih peka terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan.

Selain itu, DSKPPA juga meninjau kerja-kerja membaik pulih beberapa kaunter imigresen di laluan kereta dan telah mesyorkan supaya kerja penambahbaikan tersebut disegerakan tanpa sebarang kelewatan.

Lawatan mengejut ini akan dilakukan lagi pada masa akan datang bagi memastikan semua proses-proses dikaunter sempadan berdaya saing, efisyen dan sentiasa mesra rakyat.

Shafiq juga berharap orang ramai pengguna dan rakyat yang sering menggunakan laluan sempadan negara mematuhi undang-undang ketika keluar atau masuk dalam negara melalui laluan darat.

c&p:seluangmelaut.com

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.