UMNO Baru - Kuala Lumpur

MALAYSIA VS BANGLADESH (PART 2)

KARTEL MENTERI MENGAWAL KEMASUKAN PEKERJA BANGLADESH – Bahagian 2

Di padang bola Malaysia mengalahkan Bangladesh dengan 4-1. Sebenarnya Malaysia tewas dengan Bangladesh, yang menang adalah Saravanan dan Dato Sri Amin Bangla. Ratusan ribu warga pekerja Bangladesh akan sampai ke negara ini melalui 25 Syarikat milik ,  kroni dan tajaan Dato Sri Amin Bangla ini sahaja.

Seluruh rakyat Malaysia telah mula bercakap tentang Dato Sri Amin Bangla dan hubungannya dengan kluster dan kartel pemerdagangan manusia ini. Kerajaan tidak boleh terjebak dengan kartel- kartel ini yang mana akan merosakkan nama kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri sendiri.  Manakala mana- mana Menteri yang terlibat dengan kartel ini perlu disingkirkan daripada jemaah Menteri tidak kira siapakah mereka ini sama ada mereka adalah Menteri kanan atau  Menteri biasa.

Saravanan bermati-matian ingin kabinet mengesahkan 25 Syarikat ini sahaja diterima untuk perlaksanaan di negara ini sebaliknya Kerajaan Bangladesh pula telah menyenaraikan kepada Kerajaan Malaysia lebih 1,000 Syarikat yang mereka sahkan dibawah kawalan serta mematuhi piawaian yang ditetapkan kerajaan Bangladesh. 

 

Kerajaan Bangladesh sendiri menolak penglibatan Amin Bangla dalam urusan membawa masuk pekerja Bangladesh ke Malaysia. Rekod beliau ternyata buruk dalam urusan ini. Kerajaan perlu menolak peranan Amin Bangla yang bersengkongkol dengan Menteri Sumber Manusia ini. Untuk menunjukkan Kerajaan telus Dato Sri Amin tidak boleh berada dalam urusan membawa masuk pekerja Bangladesh ini. Jika tidak nama Kerajaan akan menjadi busuk dikaca mata rakyat serta kepada Kerajaan Bangladesh sendiri.

Namun begitu kita telah dimaklumkan tentang gerakan yang sedang dan telah dilakukan oleh Menteri Sumber Manusia bersama Amin Bangla ini. Mereka telah mula cuba menyogok Menteri-Menteri kabinet dengan bayaran hampir RM 10 juta setiap seorang supaya menyokong usul dan cadangan kertas kabinet yang akan dibentangkan  oleh Menteri Sumber Manusia . 

Sebahagian daripada Menteri kabinet sudah menerima sogokan ini termasuk Menteri kanan yang dikatakan menerima daripada orang suruhan Dato Sri Amin Bangla. Jumpa tak mahu bimbang takut terpalit tuduhan dan dikatakan bersengkongkol tetapi duit ambil. Kita nak lihat nanti mana satu Menteri yang menyokong kertas cadangan ini.

Apalah punya  standart Menteri- Menteri dalam kabinet sekarang. PM jika tidak mahu kabinet ini dilebel sebagai kabinet kanggaro mesti bertegas dan tidak menerima cadangan pihak yang bersengkongkol dengan Amin Bangla ini. Ini  negara bukan negara ‘Pariah’. Kita negara yang berdaulat.

Kalau dipadang bola kita boleh kalahkan Bangladesh dengan teruknya 4-1 mengapa demi kedaulatan  negara kita tidak boleh menewaskan Bangla yang sekor ini. Mengapa harus semua politician Malaysia dicucuk hidung oleh Dato Sri Amin Bangla ini. Mana maruah, martabat  anda semua dengan janji menjaga negara tatkala berhadapan YDP Agong semasa mengangkat sumpah sebagai Menteri dulu. Bermaruaah lah demi negara tercinta ini. Jangan kita berada dalam situasi menang dalam kalah.

Marilah bermuhasabah demi negara tercinta.

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.