UMNO Baru - Kuala Lumpur

KSN Tergagal dalam sejarah

Negara menerima ambang gelap dalam Sistem Pentadbiran Negara dengan kelemahan pemikiran dan dan perancangan pentadbiran oleh Tan Sri Zuki Ali, Ketua Setia Usaha Negara (KSN) simisai kontot ini. Dalam keadaan politik yang kurang stabil KSN berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa untuk memerkukuh kedudukan kakitangan awam dalam membantu serta menstabilkan kerajaan . Beliau  hanya menggemukkan badan dan memboncitkan perut serta menggendong duit komisin daripada penyonglap projek kerajaan serta berpakat dengan KSU tertentu berniaga harta merdak Kerajaan. 

Menilai prestasi KSN, kita dapati beliau antara KSN yang paling gagal dalam  sejarah pentadbiran awam negara . Beliau gagal mentukan hala tuju pentadbiran awam serta tidak ada sesuatu yang benar-benar boleh dibanggakan yang dilakukan oleh kakitangan awam diera pentadbiran beliau selaku KSN. Beliau tidak berbuat apa-apa dalam memperkasa pentadbiran awam bagi memastikan  dasar yang dibentuk oleh kerajaan dapat berjalan dengan lancar. 

Banyak dasar yang diputuskan oleh kerajaan dalam kabinet meeting tidak dipanjangkan kebawah dan tidak diperkasakan kedalam perkhimatan awam. Beliau tidak mempunyai idea-idea yang bernas untuk meggembleng tenaga kerja dalam perkhidmatan awam bagi menjadi wadah pemangkin hubungan antara kerajaan dan rakyat. Contoh amat jelas ‘ Gagasan Keluarga Malaysia’ tidak diperjelaskan dan dibentuk satu pencetus hala tuju kepada rakyat dan masyarakat. Beliau seperti singa yang kekenyangan dan tidur sepanjang hari.

Kerajaan perlu mencari dan melantik seorang KSN yang faham hala tuju negara diera pasca pendemik ini. Negara perlu bingkas segera daripada kemelut ekonomi dengan kakitangan awam menjadi tunjang kerajaan mempercepatkan proses mengembalikan  segera kemampanan ekonomi negara dan diletakkan diatas track yang betul. Peranan KSN adalah besar dan kita tidak nampak Tan Sri Zuki  misai kontot ini dapat merealisasikannya.

Beliau yang akan bersara nanti dan perlu direhatkan . Kita  berterima kasih terhadapnya kerana walaupun tidak menyumbang apa-apa pada perkhimatan awam dan kerajaan namun beliau tidak membuat onar dengan menjadi sebahagian golongan pembangkang.

Dengan segala sakau dan komisin yang beliau terima , tujuh keturunan pon tak akan habis makan. Bukan setakat dia saja malahan anak-anaknya juga turut mendapat habuan sakau sekutu mereka dengan hadiah kereta dan sebagainya. Segala tanah kerajaan mereka atur untuk kroni sakau dan mereka mendapat laba komisin dan bayaran pengurusan yang berjuta. Sudahlah misai kontot. Berehat dan main golf lah setiap hari sambil memandu kereta klasik yang dihadiahkan oleh kroni. Kalau masih tak sedar pasti Allah akan turunkan bala pula nanti… 

Kerajaan perlu mencari KSN yang berintegriti, berwibawa, faham susur galur pentadbiran awam, tidak terikat dan tidak semestinya pegawai PTD atau dari KSU sahaja. Pilihlah daripada golongan profesional yang setia dan ikhlas untuk memperkasa kerajaan dan pentadbiran awam negara . Ingatlah golongan PTD sekarang tidak seperti PTD satu masa dahulu yang faham , setia, inteligen dan karismatik serta akur kerajaan. PTD sekarang ramai terdiri daripada mereka-mereka  yang gagal.

Salam hormat.

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.