UMNO Baru - Kuala Lumpur

KARTEL MENTERI MENGAWAL KEMASUKAN PEKERJA BANGLADESH (PART I)

Kemasukan pekerja asing di negara ini memang sejak sekian lama diuruskan oleh kumpulan kartel besar yang menguasai pentadbir dan pemimpin negara. Melalui penglibatan secara haram tetapi dihalalkan oleh golongan kolar putih ini telah membentuk bebarapa kartel besar yang begitu berkuasa menguruskan kemasukan warga asing terutama dari Bangladesh. Golongan eksekutif dan pantadbir Jabatan dalam Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia telah menjadi kaya raya cuma dengan makan komisin kelulusan yang diberikan kepada kartel-kartel berkenaan.


 

Terbaru pengurusan kemasukan pekerja asing ini telah disusun semula dengan penglibatan besar Kementerian Sumber Manusia. Maka timbullah satu nama besar penjual manusia beiringan dengan Menteri Sumber
Manusia ke Dubai, Dhaka, Jakarta, New Delhi

menguruskan kemasukan baharu pekerja asing ke negara ini era pasca pendemik. Nama besar berkenaan tak lain tak bukan adalah Dato Sri Aminul Islam Abdul Nor atau lebih dikenali dengan Amin Bangla. Beliau pernah ditangkap dan mempunyai bukti kukuh untuk disumbat ke penjara dengan SOSMA. Tetapi kartel Menteri menjadi penyelamat kepada beliau. Siapa kah Menteri pada masa itu. Tak lain tak bukan pemimpin utama UMNO sekarang yang pada masa tersebut menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri. 

Siapa Amin Bangla ini..? Artikel siri pertama ini kita kenal dulu siapa Amin Bangla ini. Daripada diseludup masuk untuk kerja membina bangunan dan cop kelapa sawit menjadi seorang bilionair dengan cara menjual manusia dengan merasuah para pegawai Kerajaan.

Amin Bangla adalah warganegara Bangladesh yang telah dikurniakan taraf warga negara Malaysia oleh Menteri Dalam Negeri. Dia yang diseludup masuk ke negara ini melalui Thailand pada sekitar tahun 1991 dan kini merupakan pemilik syarikat besar iaitu Bestinet Sdn. Bhd serta Synerflux Sdn. Bhd serta menjadi proksi kepada puluhan syarikat yang berfungsi membawa masuk pekerja asing ke negara ini. Amin telah menjadikan kedua-dua syarikatnya sebagai platform untuk menguruskan kemasukan pekerja asing warganegara Bangladesh ke Malaysia menerusi Sistem Pengurusan Pekerja Asing (SPPA).

Amin Bangla bersama kroninya telah mengaut ratusan jutaan ringgit daripada kegiatan pengurusan kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini. Dia telah berpakat dengan Menteri, bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri, memberi sogokan kepada pegawai tinggi kerajaan, pegawai PTD serta pegawai rendah di berbagai bahagian dan Jabatan dalam Kementerian Dalam Negeri, ahli politik di Malaysia dan Bangladesh untuk mendapatkan sokongan bagi mendapat penguasaan penuh dalam pengurusan pekerja Bangladesh ke dalam negara ini. Selain itu, Amin bangla juga turut mengambil kesempatan dengan menyeludup pekerja asing Bangladesh tanpa prosedur yang betul apabila mengeksploitasi SPPA bagi kepentingan dia.

Sejak tahun 2015 hingga Mei 2018, Amin Bangla telah mengaut keuntungan mencecah ratusan juta ringgit dalam projek pengurusan kemasukan pekerja Bangladesh. Sebagai permulaan, dia telah memaklumkan kepada individu-individu terkaya di Bangladesh untuk menyertai projek ini dan menyakinkan mereka bahawa dia mampu memperolehi mandat penuh daripada kerajaan Malaysia bagi menguruskan pekerja Bangladesh sepenuhnya. Memandangkan Agensi Pekerja di Bangladesh mempunyai lebih kurang 2,000 agensi, dia telah meletakkan syarat bahawa agensi pekerja Bangladesh yang ingin menyertainya perlu memberi wang pendahuluan kepada dia sekitar 10 juta USD bagi setiap agensi dan menjanjikan hanya agensi ini sahaja akan dipilih untuk menjadi ‘supplier’ pekerja Bangladesh ke Malaysia.

Oleh yang demikian, hanya individu terkaya di Bangladesh sahaja yang mampu dan sebanyak 10 agensi bersetuju dan membayar 10 juta USD kepada dia dan menjadikan nilai keseluruhan yang diterima oleh subjek adalah sekitar 100 juta USD. Daripada wang ini dipercayai Amin Bangla telah guna untuk menyogok individu berpengaruh termasuk ahli politik dan kakitangan kerajaan bagi kedua-dua belah negara untuk memastikan segala perancangan dia tercapai.

Amin Bangla dan kroni telah mengenakan bayaran sebanyak BDT 1,954,608.75 (RM 9,500.00) bagi setiap pemprosesan kepada setiap warganegara Bangladesh yang berminat bekerja di Malaysia. Daripada pecahan tersebut, keuntungannya telah dibahagikan kepada individu terlibat di negara ini merangkumi Menteri-Menteri berkaitan, Syarikat kain Jakel yang menjadi orang tengah dan tempat sebahagian besar wang keuntungan disimpan untuk dibersihkan serta individu berkepentingan di Kementerian dan di Bangladesh. Kita semua boleh hitung berapa jumlah yang mereka perolehi hasil daripada membawa masuk pekerja Bangladesh ini. Almost Bilion.

Penglibatan pihak Jakel Sdn Bhd pula adalah sebagai pengantaraan bagi membawa Amin untuk berjumpa dengan pemimpin politik negara ini serta menjadi bank simpanan cash Amin untuk mengelak cukai dan tindakan undang-undang. Pada awal tahun 2016, Amin telah berjaya mendapatkan perjanjian dengan pihak kerajaan menerusi Menteri Dalam Negeri. Selain itu, Dato Sri Amin Bangla turut terlibat dalam pengubahan wang haram dengan menggunakan khidmat beberapa kroninya di negara ini untuk mengurus dan membawa wang yang banyak dari Bangladesh dan dipercayai aliran masuk hasil pemerdangan pekerja Bangladesh ini sekitar US200 juta setiap bulan.

Mendapati hasil sokongan individu politik serta kekuatan kewangan, Dato Sri Amin Bangla dilihat telah mengambil kesempatan dengan menyeludup warganegara Bangladesh tanpa had ke negara ini dengan memberi sogokan jutaan ringgit kepada pemimpin politik, penguatkuasa dan penjawat awam dalam melicinkan segala urusan sindiket ini.

ISU PLATFORM FWCMS 

Sistem Foreign Workers Central Management System (FWCMS) adalah sebuah platform talian yang dibangunkan pada tahun 2013 bagi tujuan pemprosesan dan pengurusan pekerja asing dari semua negara sumber tenaga kerja termasuk Bangladesh. Sistem ini dikendalikan oleh syarikat milik Amin iaitu Bestinet Sdn. Bhd (BESTINET). Pada awalnya sistem FWCMS dibina atas objektif untuk mewujudkan sebuah pangkalan data secara berpusat bagi memudahkan urusan kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

Walaubagaimanapun, sistem ini telah mula dicemari dengan isu pengambilan pekerja asing dari Bangladesh setelah Amin Bangla menguasai dan mengawal sistem ini. Persatuan Agensi Antarabangsa Bangladesh (BAIRA) turut mempersoalkan keberkesanan sistem FWCMS serta mendakwa sistem tersebut telah mendedahkan pekerja Bangladesh kepada eleman manipulasi pekerjaan selain gagal melindungi hak dan kebajikan pekerja Bangladesh.

Selain itu juga, melalui sistem FWCMS juga, Amin dapat terus memonopoli kemasukan pekerja asing dari Bangladesh dan dikesan hanya memberi kuasa kepada 10 ejen sahaja dari Bangladesh sahaja. Sekaligus menghadkan persaingan dan perkara ini telah menyaksikan komitmen kos ke Malaysia melambung tinggi kerana warga asing Bangladesh tidak mempunyai lebih pilihan untuk bekerja di Malaysia kerana terpaksa memilih 10 ejen yang telah ditetapkan oleh Amin dan bukan kerajaan Malaysia.

Rekod Kementeriaan menunjukkan sekitar tahun 2015 hingga 2018, yuran pemprosesan sahaja kian meningkat sehingga mencecah hamper RM 20,000.00 dan tidak menolak kemungkinan dengan fasa endemic COVID-19 kos ini akan meningkat hanya untuk mendapatkan kelulusan permit kerja dan urusan-urusan lain di Malaysia. Amin terus membuat wang haram di negara ini manakala kartel Menteri dan Kerajaan berterusan melindungi dia secara sengaja.

MONOPOLI PENGURUSAN PEKERJA BANGLADESH

Isu monopoli pengurusan pekerja Bangladesh oleh Amin serta kroninya turut diketahui oleh Kerajaan Bangladesh dan telah beberapa kali membuat kenyataan dan bantahan media namun perkara ini dilihat tidak berjaya kerana pengaruh Amin yang sangat kuat dalam Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri. Betapa berkuasanya Amin Bangla ini dimana sampai sekarang KSU Kementerian Sumber Manusia belum dilantik. Ini kerana Amin menunggu orangnya cukup senior untuk mengambil alih jawatan tersebut bagi memudahkan gerak kerja nya. Saksikan lah betapa kuatnya Amin Bangla ini mencucuk hidung para Menteri.

Menurut, Imran Ahmad, Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerja Luar Negara Bangladesh menyatakan bahawa di Bangladesh mempunyai lebih kurang 2,300 agensi yang menguruskan pekerja Bangladesh dan perlu diberi peluang selain mengelakkan peningkatan kos. Selain itu, Kerajaan Bangladesh turut menyatakan tidak mahu terbabit dengan Amin yang banyak masalah di Bangladesh daripada terus memonopoli pengurusan pekerja Bangladesh ke Malaysia namun setakat ini ianya tidak mendapat kerjasama daripada Kerajaan Malaysia.

Dalam masa yang sama, Amin juga dilihat berjaya menguasai kembali Kementerian Sumber Manusia dan telah mengeksploitasi peranan Datuk Seri M.Saravanan untuk terus membawa masuk pekerja asing menerusi sistem FWCMS dan masih melantik kroni nya yang terdiri daripada agensi pekerja Bangladesh yang bermasalah. Tidak menolak kemungkinan, Datuk Seri M.Saravanan juga telah disogok dengan wang jutaan ringgit selain diberi komisen bagi setiap pekerja Bangladesh yang dibawa masuk ke Malaysia sepertimana kes-kes sebelum ini.

Dato Sri Amin Bangla adalah dalang utama yang berperanan untuk monopoli sistem FWCMS bagi memastikan pengurusan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia diuruskan oleh kartel dibawah telunjuknya. Pelantikan subjek secara langsung atau tidak langsung oleh kerajaan Malaysia sebagai individu pengantara antara kerajaan Bangladesh untuk mengatur dan menguruskan kemasukan pekerja asing Bangladesh telah menjadikan dirinya berkuasa samada dari sudut pengaruh mahupun kewangan. Selain itu, pelantikan agen yang menjadi pengantaraan bagi Malaysia dengan Bangladesh juga dilihat satu perkara yang membawa kepada isu pemerdagangan manusia serta memberi keuntungan kepada sesetengah pihak dan bukan kepada negara.

Sewajarnya, pengurusan pekerja asing ini harus dilakukan ‘Government to Government) (G2G) dan dibuka kepada semua pihak agar tiada penindasan berlaku dan kebajikan pekerja Bangladesh lebih terjamin dibawah pengurusan kerajaan mereka sendiri.

Sejak kelulusan diberikan sekitar tahun 2015 hingga 2018, Amin telah berjaya membawa masuk sekitar 1.5 juta pekerja asing Bangladesh ke negara ini. Hasil kekayaannya juga dilihat berkemungkinan besar adalah hasil daripada sindiket ini dan makin kukuh sehingga hari ini serta mampu menyogok mana-mana individu berkepentingan dalam negara ini dengan menggunakan hasil keuntungan pemerdagangan manusia.

Selain itu, tindakan Dato Sri Amin Bangla yang mengehadkan syarikat ejen pekerja dari Bangladesh telah menyebabkan ramai dalam kalangan pekerja Bangladesh terikat dengan komitmen yang tinggi kerana terpaksa berhutang hanya untuk bekerja di Malaysia. Secara tidak langsung, golongan yang tertekan ini akan terdorong untuk terlibat dalam kegiatan jenayah dan pelanggaran undang-undang di Malaysia. Tidak dinafikan, perkara ini jelas memberi masalah sosial dan ekonomi kepada penduduk Malaysia selain tekanan kepada penguatkuasa undang-undang dalam mengawal kebanjiran pekerja Bangladesh di negara ini kerana individu yang berperanan adalah ‘orang luar’ yang hanya melihat keuntungan dari sudut peribadi tanpa memikirkan keselamatan negara yang akan terancam pada masa akan datang.

Semasa era pemertintahan Pakatan Harapan, Kementerian Sumber Manusia diterajui oleh M.Kulasegaran pada ketika itu telah bertindak mengarahkan agar FWCMS dan BISTENET ini dihentikan kerana mendakwa sebagai proksi kepada BN dan terbabit dengan pengubahana wang haram serta penyeludupan dan eksploitasi pekerja asing. Walaubagaimanapun, perkara ini hanya sementara sahaja apabila Amin Bangla berjaya bertemu dengan M.Kulasegaran dan selepas perjumpaan tersebut M.Kulasegaran secara tiba-tiba enggan mendedahkan butiran siasatan terhadap Bistinet dan FWCMS malah memberi kelulusan semula kepada Amin Bangla ini. Tidak menolak kemungkinan, Amin telah memberi sogokan jutaan ringgit yang tidak mampu ditolak oleh M.Kulasegaran dan perkara ini amat membimbangkan jika mana Kerajaan Malaysia terus membiarkan Amin bermaharajalela meluaskan pengaruhnya dan mengumpul kekayaan melalui sindiket ini yang jelas akan menghancurkan negara.

Sekarang isu pengambilan pekerja Bangladeh menjadi isu duri dalam daging kepada Kerajaan di buat pekak badak oleh Kementerian Sumber Manusia dan Menterinya. Ini kerana pihak Dato Sri Amin Bangla telah berjaya membeli dan menyara Menteri Sumber Manusia, parti MIC dan pegawai-pegawai dikementerian berkenaan serta Kementerian Dalam Negeri. Dato Sri Amin Bangla bersepakat dengan Menteri Sumber Manusia dengan merancang berbagai prosedur yang bakal menguntungkan mereka. Mereka mengwujudkan kartel dan sidiket yang berselindung disebalik dasar yang mereka bentuk.

Amin dan Menteri Sumber Manusia menjelajah merata tempat bertemu dengan sindiket dari Bangladesh untuk menguruskan kemasukan ini. Tindakan Dato Sri Amin sebelum ini yang menipu dan membentuk sindiket membawa masuk pekerja Bangladesh kenegara ini telah menyebabkan beliau diharamkan masuk ke Bangladesh dan tidak berani untuk kembali ke negaranya sendiri. Dia telah membawa lari RM 67 juta wang seorang Menteri Bangladesh yang bersengkongkol dalam perniagaan ini disamping beberapa penipuan yang lain. Namun orang sebegini diterima dan dijadikan sengai agen utama membawa masuk pekerja Bangladesh kenegara ini. Apalah malang nasib negara sekarang. Semua pemimpin dalam kerajaan bersengkongkol dengan mereka-mereka ini .

Sungguh sedih apabila Amin terus diterima dan berkawan dengan Menteri-Menteri dan lebih teruk lagi mampu menjadi proksi kepada beberapa syarikat yang berada dalam board Pasaran Saham Malaysia. Malang sangat bagi negara kerana Menteri yang mengamal rasuah ini dibawa kesana kemari oleh kepala sindiket jual orang tetapi rakyat masih berdiam diri dan tiada siapa yang cuba menghalang mereka-mereka ini. Para dinasour dan jembalang di PMO telah disogok dengan wang ringgit manakala parti-parti politik BN dijanjikan dengan peruntukkan wang ganjaran ratusan juta ringgit untuk menghadapi PRU ke 15 nanti. Sebab itu semua Menteri, ahli parti berdiam diri dan terus sanggup bertuankan Amin Bangla yang mendapat gelaran daripada Istana, menjadi rakyat Malaysia dengan kad pengenalan biru dan menjarah keuntungan negara melalui perniagaan bersindiket ini. Mana maruah dan martabat kedaulatan bangs kita.

Apa nasib yang bakal diterima oleh rakyat dan negara.? Isu kemasukkan pekerja asing masih ditangguhkan untuk dicatur oleh Amin dan golongan politik, kekurangan pekerja di sektor perladangan meruncing, ekonoimi negara tidak dapat berkembang, industri dan perkilangan terpaksa ditutup, pelabur asing keluar melabur kenegara lain dan yang lebih digeruni lagi Malaysia yang berada pada taraf TIER 3 dalam penilaian ranking penyeludupan dan perdagangan manusia akan jatuh lagi dan menyebabkan negara akan menerima padah berbagai sekatan di peringkat antarabangsa. Negara akan berdepan dengan masalah yang besar nanti.

Masalah utama sekarang ialah Dato Sri Amin Bangla yang berjaya menguasai serta menubuhkan kerajaan haram didalam Kementerian Sumber Manusia dan MIC. 25 Syarikat yang dibenarkan berdagang untuk membawa masuk pekerja Bangladesh ini pusing ikut mana pun ia adalah milik dan bertuankan Amin dan kroni saudara mara Menteri Sumber Manusia dan MIC. Penyelesaian mudah adalah buka kepada semua Syarikat yang cukup syarat manakala Kementerian kawal kemasukkan dan prosedur. Singkir Dato Sri Amin dari sekutu Kementerian , dia perlu bersaing dengan syarikat- syarikat lain.

Pun begitu kita mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada seorang bilionair baru dalam carta jutawan di Malaysia dan beliau adalah Menteri Sumber Manusia.

Semoga Allah menyelamat Malaysiaku dan gagasan Keluarga Malaysia.

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.