1. Jajaran Baru menjadi bahasa madu bagi pemimpin UMNO cluster mahkamah. Idea inilah yang digunakan Presiden untuk tolak Bersatu dan PN. Presiden UMNO menggunakan Parti UMNO dan ugutan terhadap Ketua Ketua Bahagian untuk beliau terus membuat onar dan berkuasa.
2. Kita hairan kenapa begitu mudah pemimpin UMNO lain mengikut sahaja telunjuk Presiden sehingga sanggup mengadai maruah parti dan bangsa. Bersengkongkol dengan DAP dan PKR versi Anwar tiada dalam kamus perjuangan UMNO. Mana pergi maruah pemimpin UMNO sekarang.
3. Sedarkah pemimpin UMNO bahawa Presiden tidak akan terlepas daripada kes mahkamahnya. Selepas beliau didapati bersalah pada bulan Jun atau Julai nanti apa akan jadi pada UMNO. Tatkala itu PN dan PAS dah meninggalkan UMNO dan BN, sebahagian Menteri UMNO akan meninggalkan UMNO. MIC dan MCA pon begitu juga. Mana UMNO nak pergi. Maka akan terkubur sebagai parti pembangkang.
4. Jangan diikut kesombongan Shahrani, Ahmad Jazlan, Tan Sri Fatmi, Raof Yusoh, Noh Omar, Bosku, Zamri Kader, Tajuddin Rahman, Ahmad Maslan termasuk juga flip flop siceper Tok Mat Hasan dan Azalina. Mereka adalah agen Zahid untuk merosakkan UMNO dan Kerajaan Melayu Islam. Mereka nak menyelamatkan Zahid.
5. Apa yang Shahrani buat ketika merampas Kerajaan Perak daripada Bersatu. Kenapa DAP berdiam diri. Kenapa juga pemimpin DAP secara senyap menyokong Shahrani sebagai MB.
6. Sebenarnya pemimpin UMNO Perak telah diarahkan oleh Zahid bersama Shahrani dan dipersetujui Zamri Kader untuk bergabung dengan DAP. DAP telah minta syarat daripada Shahrani. Maka dibuatlah syarat dan perjanjian yang ditanda tangani sendiri oleh Shahrani. Mereka dan UMNO dah pon bersengkongkol dengan DAP sebenarnya. Buktinya seperti surat ini. Pemimpin UMNO boleh tanya sendiri Shahrani. Adakah surat ini palsu.
7. Presiden dan gerombolan jangan berselindung. PAU ini bentangkan cadangan untuk bekerjasama dengan DAP. Jangan dibuat belakang tabir. Maklum kepada ahli dan pemimpin bawahan UMNO supaya DAP juga tahu dan mereka boleh tinggalkan Anwar dan PKR.
8. Presiden dan kluster Jajaran Baru tak boleh berselindung lagi. Dalam perjumpaan Pemimpin Tertinggi DAP dua hari lalu di Le Meredeen Putrajaya, Lim Kit Siang telah membuat pengumuman terbuka bahawa telah ada rundingan dan akan bekerja sama dengan UMNO dalam PRU ini. DAP bersetuju Presiden UMNO akan jadi Perdana Menteri dan kepimpinan DAP akan mengangotai kabinet sebagai Menteri Kanan. Seramai 15 pemimpin CCC DAP menerima tetapi Ram Karpal Sign, Gobin Sign dan Teresa Kok menentang keras cadangan ini.
9. Ini membuktikan bahawa sebelum ini dirumah Zahid di Country Homes Kajang, di Pavilion Kuala Lumpur memang wujud perjumpaan antara pemimpin UMNO dengan pemimpin DAP. Kalau tak percaya tanya Raof Yusoh Melaka, Tajuddin Rahman. Mereka hadir sama. Jangan cuba nafi. Kita ada bukti yang jelas jeng- jeng- jeng . Tak kan kita tak kenal Antony Loke, kluster Lim Kit Siang dan Raof Yusoh serta Zahid. Kalau terus desak kita akan dedahkan gambar.
10. Wahai semua pemimpin UMNO yang hendak bersidang. Fikirkanlah. Nak memperkasa parti UMNO ke ? atau nak perkasa Presiden yang kedudukanya sudah dihujung tanduk. Tak guna bersidang kalau parti makin undur kebelakang.
11. Golongan muda dalam UMNO seperti Ashraf Wajdi kenapa terlalu bodoh sebagai pemimpin muda yang membontoti Zahid dan bosku. Ikut saja. Pemuda UMNO tak ada ball. Macam siceper dan Azalina yang flip flop takut tak terpilih sebagai calon. Gadai maruah UMNO dan parti keramat bangsa Melayu ini.
12. Apa lagi yang nak diharap pada UMNO. Mereka memang tak mahu berubah. Menjilat bontot Presiden.