UMNO Baru - Kuala Lumpur

COMULUT ANWAR NAJIB DAN ZAHID

Selamat sejahtera sahabat sekelian.

1. Hari ini ini sama-sama kita menerjah bagaimana kedudukan pungutan SD yang dilakukan oleh Najib dan orang-orang suruhannya. Sebelum itu kita kenal pasti dulu orang-orang suruhan kedua belah pihak baik Najib ataupun Anwar. 

2. Pertemuan seringkali diatur di Pavilion oleh Najib untuk urusan melobi AP UMNO bagi tandatangan SD. Bagi Megat Hafidz pula  budak suruhan Najib akan melobi AP dari Sabah dan Sarawak  dipujuk rayu dulu kemudian dibawa kepada bosku di Pavilion. Setiap AP yang dibawa akan diberi ganjaran.

3. Manakala di Padang Golf sambil bermain golf perbincangan tanpa syak dan gagguan dilakukan oleh Ahmad Jazlan Yaacob AP Machang bersama Supardi Md Noor PKR bagi memperolehi gambaran sejauhmanakah gerakan ini telah berhasil. 

4. Selepas itu mereka akan berjumpa dengan bos masing-masing untuk bagi taklimat. Ahmad Jazlan akan taklimatkan bosku dan Zahid manakala Supardi akan mentaklimatkan kepada Saifuddin Nasution.   

5. Antara balaci yang ditugaskan untuk melobi dan menyusun atur strategi dan gerakan bagi kedua belah pihak adalah:-

  • Team Najib dan Zahid terdiri daripada Ahmad Jazlan, Megat Hafidz, Tajuddin Rahman, Ahmad Maslan, Nazri Aziz dan Johan Abdul Aziz. 
  • Team Anwar pula terdiri dripada Supardi Md Noor, Abdulah Sani, Saifuddin Nasution dan  Dato Nazri.

6. Semua gerak kerja dijalankan secara sulit dan semua SD disimpan oleh Najib dan Anwar. Tugas berat adalah pada Najib dan Zahid kerana mereka perlu menyediakan sekurang-kurangnya 20 SD. Ini kerana Anwar telah tersedia memiliki 96 SD daripada PKR, DAP dan Amanah. 

7. Ini boleh disahkan melalui undi belah bagi di Parlimen terhadap bajet yang berlangsung diperingkat jawatankuasa sekarang. Pembangkang banyak kali memperolehi undi disekitar 95 hingga 97 undi Ahli Parlimen sahaja. Ini bukti kemampuan yang Anwar ada. Dia tetap tidak akan cukup sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang. 

8. Jika Najib dan Zahid berjaya memberi 16 ke 20 SD ini bermakna Anwar akan memperolehi disekitar 115 hingga 120 SD menumbangkan Tan Sri Muhyiddin  bersama PN. Ini adalah realiti jika Najib dan Zahid mampu berbuat demikian. Sebab itu deal dalam mengira SD ini dikawal selia oleh 4 orang mereka iaitu Najib, Anwar, Zahid dan Saifuddin.

9. Tiga daripada mereka kawan cumulut lama, manakala Najib kawan baru yang bekerja kuat untuk Anwar dan akan kena tipu serta kena jual nanti. Kemudian UMNO pula yang akan dijual. 

10. Pemimpin UMNO yang lain lihat saja dan meneruskan kerja menyakau. Mereka ‘no ball’ seperti Shahidan Kasim cari duit untuk bagi pada AP supaya hadir di Parlimen. Macam cerita P.Ramlee… Satu untuk engkau tiga untuk aku…. 

11. Sebagai pengesahan setakat ini Najib dan The Gang telah berjaya mengumpul sebanyak 12 SD. Lapan daripada UMNO.

  • Najib Razak, Zahid Hamidi, Mohd Shahar Abdullah, Mohamad Alimin, Bung Mokhtar Radin, Nazri Aziz, Tajudin Rahman, Ahmad Maslan.
  • Sementara daripada parti lain dan bebas adalah Jugah Muyang, Richard Riot Anak Jem, Masir Kujat, Wifred Madius Tangau. 

12. Setelah gagal mendapat SD daripada penyokong rapat mereka seperti Noh Omar, Hasan Arifin, Aziz Rahim, Mahathir Khaled, Ismail Sabri, brother Jibi  dan Zahid menggerakkan kepada sasaran baru. Tiga AP UMNO yang jinak-jinak Merpati di pujuk rayu. Mereka adalah Mohd Nizar Zakaria AP Parit dan Jalaludin Alias AP Jelebu.

13. Manakala sasaran paling penting mereka atur sekarang adalah Azalina Othman Said, AP Pengerang dan Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat. Kenapa Azalina mereka rekrut untuk SD. Ini untuk memudahkan bila undi tidak percaya kepada PM dibuat di Parlimen nanti yang mana Azalina akan dipastikan bertugas ketika itu. Azalina akan dipastikan peranannya. 

14. Sekarang Azalina sedang mencongak untung rugi.

Tepuk dada tanya selera.

Facebook Comments

Related Posts