UMNO Baru - Kuala Lumpur

TOK MAT HENTAM PM, BERSATU DAN AGENSI PERISIKAN DALAM MESYUARAT BAHAGIAN REMBAU

Tahniah kepada Tok Mat , Timbalan Presiden UMNO yang merupakan pemimpin UMNO yang tegas dan berani. Setelah UMNO dan BN memang dengan tanpa diduga sebanyak 21 kerusi di Melaka, Tok Mat telah tampil menyatakan bahawa PAS jika bersama UMNO akan diberi 5 kerusi untuk bertanding di PRN Melaka. PAS akan menang, namun Tuan Ibrahim Tuan Man telah memilih ingin bersama Perikatan Nasional. Beliau mendedahkan perkara ini dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Rembau pada 16 Dis 2021 yang lalu.

2 . Dalam pada itu Tok Mat menegaskan bahawa pucuk pimpinan tertinggi parti telah bersetuju dan merancang untuk mengadakan Pilihan Raya Umum dalam tempoh terdekat ini. Namun Dato Sri Ismail Sabri selaku PM  tidak akan bersetuju dan akan menangguhkan Pilihan Raya Umum kepada tahun 2023. Ini kerana PM akan pastikan kedudukan beliau kukuh dan mendapat sokongan padu daripada parti lain selain daripada UMNO.

3 . Sementara itu , Tok Mat secara berani menyatakan kekalahan di Dun  Sg Udang adalah berpunca daripada kegagalan Dato Sri Hisyamuddin berkempen di Dun berkenaan yang majoriti pengundi adalah golongan tentera. Hisyamuddin dikatakan meminta Dato Ikmal, Timbalan Menteri Pertahanan  berkempen di Dun berkenaan yang mana tidak akan membantu kerana Ikmal daripada Bersatu. Ini menunjukkan bahawa Hisyamuddin memang ingin bersama Bersatu dan mahu melihat UMNO kalah di Sg Udang.

4 . Sementara itu Tok Mat juga menyatakan majoriti Ahli Parlimen UMNO yang berada didalam kerajaan sekarang adalah pro Bersatu. Beliau akan memastikan mereka ini tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang. Tok Mat menyifatkan mereka ini seperti ‘ Api Didalam  Sekam’ . 

5 . Situasi ini jelas menunujukkan Tok Mat memang mempunyai sikap anti parti Bersatu yang tebal. Beliau juga turut akan menyingkirkan mana-mana Ahli Parlimen yang berterusan mempertahankan kerajaan dan dianggap pro Bersatu. Situasi ini menyukarkan untuk membentuk pakatan parti Melayu memandangkan Tok Mat adalah juru runding utama bagi pihak UMNO.

6. Seperkara yang jelas menunjukkan Tok Mat seorang yang berani dan yakin adalah beliau dengan tegas menyatakan kesal terhadap Cawangan Khas dan MIO yang beliau temui sebelum PRN Melaka berlangsung. Cawangan Khas meramalkan UMNO akan menang cuma 9 kerusi saja bila bertanding sendiri , manakala MIO menyatakan UMNO akan menang cuma 7 kerusi Dun sahaja. Cawangan Khas mencadangkan supaya UMNO bergabung dengan parti Melayu lain dan bertanding di Melaka sebagai langkah untuk menjadi Kerajaan . 

7. Keputusan yang diperolehi menunjukkan UMNO menang bergaya 2/3 dan terbukti agensi perisikan ini tidak boleh dipercayai lagi. Mereka seolah olah ingin menghancurkan  UMNO dan tidak membantu pun UMNO.

8. Kepimpinan Tok Mat dilihat menyerlah dengan ketegasan sikap begini yang boleh memberi keyakinan kepada ahli dan penyokong parti UMNO. Ada pihak berpandangan dengan krisis dua kepimpinan tertinggi UMNO yang mungkin akan gagal dengan kes mahkamah  mereka, maka yang tinggal kepimpinan tertinggi parti adalah Tok Mat sahaja. Maka peluang beliau untuk menjadi pemimpin utama dan Perdana Menteri selepas PRU 15 nanti adalah cerah. Maka beliau perlu berani dan tegas untuk parti UMNO.

9. Sikap yang Tok Mat tunjukkan dalam ucapan beliau  di mesyuarat ini memang perlu ada pada setiap pemimpin UMNO. UMNO perlu pemimpin seperti Tok Mat yang jelas melihat kehadapan untuk parti walaupun terpaksa mengorbankan Presiden parti sendiri.

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.