UMNO Baru - Kuala Lumpur

KERAJAAN MELAKA TUMBANG ANGKARA KELEMAHAN PEMIMPIN UMNO SENDIRI

Dalam keadaan rakyat resah mengenai keadaan wabak covid19,pemimpin politik Umno tak senang duduk demi kedudukan dan jawatan. Dahulu kata mereka PH pembawa kepada segala masaalah dijatuhkan keraan PH,maka selesailah episoh kerajaan PH. 

Kemudian berdirinya kerajaan PN dijatuhkan pula,maka mereka membahagikan jawatan diperingkat negeri hingga menubuhkan kerajaan negeri.

Kemudian dijatuhkan kerajaan PN diperingkat pusat ditukar kepada perdana menteri baru,kita sangkakan suhu politik selepas itu akan reda. Salah tanggapan itu! Melaka pula bergolak anggkara tangan pemimpin politik Umno sendiri.

Krisis politik di Melaka ketika ini adalah disebabkan oleh masalah yang ‘dicari sendiri’ susulan ketidakmampuan ahli parti menyelesaikan masalah dalaman.

Sikap berpuak dalam Umno dan kegagalan kepimpinan parti di peringkat nasional untuk mengawal perselisihan dalaman telah melemahkan ‘genggaman’ parti dalam pentadbiran di peringkat negeri.

Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) mengumumkan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman sebagai Ketua Menteri ke-12.

Sekarang Umno mahu salahkan siapa? Kepimpinan Umno Pusat begitu lemah hingga tidak mampu mengawal pemimpin peringkat negeri hingga Adun sendiri belot kepada parti.

Cengkaman Presiden begitu mudah lolos tidak mantap dan lemah. Nakhoda didalam Umno dipandang enteng oleh pemimpin negeri. Mana mungkin Umno akan berjaya jika diadakan PRU15 nanti jika inilah keadaan yang ditunjukan kepada rakyat.

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.