UMNO Baru - Kuala Lumpur

RAKYAT TERIMA CABARAN,PRU MINTA DI PERCEPATKAN

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan masih dengan stigma politik kuno kononnya rakyat masih akan mengundi berdasarkan parti. Berapa kerat sahaja penyokong Umno? Rakyat bukan bodoh semua seperti mereka.

Setelah melihat sikap umno yang tidak berubah, serik dan insaf rakyat masih tidak percayakan Umno melainkan penyokong mereka. Mereka tetap Umno dahulu.

Tambahan semua nampak punca kepincangan pemerintahan negara berlaku apabila umno G15 menarik sokongan kerana tidak tunaikan permintaan mereka untuk dilepaskan daripada pendakwaan dan hukuman.

Semua rakyat tahu dan faham kenapa Muhyiddin dijatuhkan oleh bangsat2 melayu ini. Selagi Muhyiddin tidak dijatuhkan maka sukar untuk mereka lepas. Dan sekarang usaha mereka berjaya.

Muhyiddin berprinsip tidak akan mengganggu urusan pendakwaan dan undang2. Tidak sampai sebulan Ismail menjadi PM, dapat kita lihat beberapa perkara berkaitan pendakwaan mereka telah disentuh.

Kes Azeez Rahim hampir lepas, kes felda pendakwaan ditarik balik, kes cukai Najib mula LHDN dikambing hitamkan dan kes Zahid sedang disucikan.

Dan dapat dilihat SPRM dan LHDN secara tiba2 keluarkan kenyataan kononnya pendakwaan adalah kerana arahan ahli politik. Permainan kambing hitam sedang berjalan.

Sedangkan semasa Muhyiddin memimpin, dia sendiri tidak akan masuk campur. Dan bagaimana boleh dikatakan ada arahan ahli politik?. Rakyat pun tahu fikir.

Dapat kita lihat juak2 dan kroni dalaman mereka sedang bekerja selamatkan mereka dengan pelbagai kesilapan teknikal.

Rata2 rakyat kecewa dan menyampah dengan sikap ahli parlimen terutamanya umno kluster mahkamah sendiri. Menjijikkan dan beraksi suci seolah mereka bersih. Dan masih dengan sikap lama.

Padahal baru memimpin sudah banyak hal pendakwaan diusik. Dan apa yang dilakukan terhadap Muhyiddin amat tidak boleh diterima rakyat.

Rakyat akan undi berdasar siapa calon PM mereka kehendaki. Jika Muhyuddin menjadi pilihan maka seluruh rakyat akan memengkah logo PN tanpa melihat siapa lagi calon kawasan mereka.

Cara lama tabur wang, gula2 atau apa sahaja tidak lagi menjadi keutamaan rakyat melainkan penyokong Umno yang hanya berpaksikan sikap “apa aku dapat”. Nilai undi buat mereka serendah sekampit beras, kain pelikat dan lembu korban.

Kerana sikap ini kita dapat ahli parlimen atau menteri penyamun perasuah dan pelingkup negara.

Rakyat sedar kerana undi beginilah merosakkan negara. Tambahan semua nampak sikap Muhyiddin yang berkorban dan terpaksa bertahan menepis pelbagai serangan politik dikala sedang berdepan situasi membawa rakyat, negara dan ekonomi keluar dari pandemik.

Jiwanya besar. Biar terpaksa meletak jawatan beliau masih memikirkan rakyat dan terus berusahan melalui Majlis Pemulihan Negara menolak segala gaji dan imbuhan.

Dan demi negara dia menyokong pembentukan kerajaan ini demi stabilkan keadaan rakyat dan negara. Jika orang lain pasti melawan dan memberontak. Itu beza Muhyiddin dengan yang lain. Rakyat dan negara lebih utama. Dia kekal tenang.

Sedangkan Umno sibuk melepaskan diri dan sedang bergaduh seolah merebut harta rampasan perang dalam bab lantikan kabinet dan melepaskan diri dari pendakwaan

Kepada Tok Mat rakyat terima cabaran anda. Tiada masalah. Rakyat sudah tidak lihat parti apa. Tetapi siapa calon PM yang diyakini dan dipercayai.

Ayuh kita PRU cepat sedikit. Jangan ditangguh kalau anak jantan. Jangan berkokok macam rakyat ni sentiasa bodoh macam macai umno.

Ayuh cepatkan PRU. Jangan gebang besar. Kita libat akar umbi umno atau rakyat lebih kuat. Silakan. Jangan bacul

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.