UMNO Baru - Kuala Lumpur

UMNO MASIH BEGITU,JALAN TERUS PAK LONG MAIL

Dengan perlantikan YAB PM Datuk Seri Ismail Sabri,signal yang ditunjukan oleh komuniti pelabur dengan kenaikan di Bursa Saham Malaysia adalah amat baik. Barangkali para pelabur berasa lega akan berakhirnya konflik politik parti parti yang memerintah maka aspek ekonomi harus diberi perhatian dalam mensejahterakan kehidupan rakyat secara am.

Lain yang kita harapkan,lain pula dengan terjadi apabila Zahid Hamidi Presiden Umno tidak sudah sudah dengan desakan. Apa lagi yang beliau nak? Umno sudah dapat kerusi Perdana Menteri,jawatan menteri kanan dipegang oleh majoriti oleh Umno.

Kenapa tidak diberi peluang kepada YAB PM Datuk Seri Ismail Sabri menjalankan tugas, negara amat memerlukan politik yang stabil bukan dengan kebajetan serabut politik yang lupa payah dan jerih rakyat dibawah sana.

Rakyat mahu tahu apa yang mereka dapat bila dalam keadaan kehilangan pekerjaan,hilang pendapatan,hilang ahli keluarga.Tahukah rakyat sedang jelik dan muak dengan perangai Umno ? Bukan rakyat peduli siapa yang Umno mahukan!

Berilah peluang kepada YAB PM menjalankan tugas yang amat berat ini tanpa ada tekanan dan juga gangguan luar hingga merencatkan segala perancan.

Adalah lebih baik Zahid tumpukan masa dengan anak cucu dalam masa keadaan beliau yang masih sangkut dengan banyak kes di mahkamah.Berilah peluang kepada orang lain pula yang lebih berkarisma dan berketrampilan untuk memikul tugas mentadbir negara.

Kita mahukan kerajaan yang ada sekarang selesaikan masaalah rakyat,bukan selesaikan kehendak politik jelik sesetengah pemimpin Umno yang tak sudah sudah memporak perandakan negara.

Jalan terus Pak Long Mail, rakyat sedang memerhatikan dan tunggu apa pemerintah boleh buat selesaikan masaalah hidup sekarang.Jangan pedulikan Zahid yang mungkin sedang “sakit”melihat.

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.