UMNO Baru - Kuala Lumpur

HANYA MELAYU YANG BOLEH MENJATUHKAN MELAYU

HANYA MELAYU YANG BOLEH MENJATUHKAN MELAYU

Kisah 14 orang Ahli Parlimen kleptokrasi UMNO akan terpahat dalam sejarah politik Malaysia. Mereka adalah pelawak badut Zahid Hamidi dan Najib Razak yang ditunggang untuk menghancurkan politik Melayu dan Politik Islam dalam negara . Mereka daripada 14 badut kletopkrat ini yang menjadi pentadbir Kerajaan Melayu akhirnya kerana takut kepada syaitan Politik telah membakar jambatan mereka sendiri untuk menghancarkan Politik Melayu Islam. 

Memang jelas politik Melayu tidak boleh ditumbangkan oleh orang lain selain daripada orang Melayu sendiri. BN ditumbangkan oleh Najib kerana rakus menjarah harta negara melalui krisis IMDB . Sekarang PN ditumbangkan oleh 14 kleptokrat Melayu UMNO sendiri untuk membayar dendam kesumat Zahid dan Najib yang gagal memujuk PM melepaskan mereka dari tuduhan mahkamah.

Jelaslah DAP, PKR, MCA, MIC gagal untuk menumbangkan Melayu. Bertahun Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Gobind Deo mewakili bapa nya Karpal Sigh berusaha untuk menumbangkan kerajaan Melayu Islam tetapi mereka gagal. Sekarang mereka dua kali berjaya menumbangkan kerajaan Melayu Islam iaitu BN dan PN tanpa perlu banyak bersusah payah. Guna Melayu sahaja untuk tumbangkan Parti Melayu Islam ini.

Sekarang 14 kleptokrat AP Melayu UMNO menjatuhkan PN parti Melayu Islam. Jelaslah pihak lain tidak akan dapat menjatuhkan Melayu Islam melainkan   Melayu Islam sendiri yang menjadi sikitul dalam politik Melayu.

Terima kasihlah 14 AP Sikitul baru kerana berjaya menjahanamkan Melayu dan Islam.

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.