UMNO Baru - Kuala Lumpur

PENGKHIANAT BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM

PENGKHIANAT BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM

Kenapa PH ditumbangkan pada MAC 2020 yang lalu?. Semua bangsa Melayu sedar dan akur bahawa PH telah bertindak memporak peranda bangsa Melayu dan agama Islam. Pemimpin parti  Melayu di dalam PH tidak lagi bertunjangkan Bangsa Melayu dan Agama Islam. Mereka melihat kepada sama rata bangsa. Orang Melayu tersepit, agama orang Melayu iaitu agama Islam di hina. Bangsa Melayu menjadi daki kepada PH.

DAP, PKR yang berkuasa melihat inilah masanya orang-orang Melayu di nyah daripada kekuasaan politik dan nasib bangsa mereka akan DAP dan PKR tentukan. Institusi Islam disekat daripada diumarahkan. Politikus UMNO ditikuskan dengan penuh kebimbangan dicampak kedalam penjara. Golongan politik UMNO macam tikus mundok yang takut kepada kucing besar. Kakitangan Awam Melayu di tuduh bersengkongkol dengan BN dan mereka ditekan seperti kucing kurap yang melukut untuk mendapatkan makanan.

Itulah sejarah 22 bulan PH berkuasa. Menyedari keadaan yang amat daif dan naif bangsa Melayu pada masa itu, seperti melukut ditepi gantang, maka muncullah golongan politik bersama pejuang bangsa Melayu yang mengatur gerak percaturan politik bagi mengembalikan maruah Melayu dan

meletakkan negara Malaysia ini dibawah kepimpinan Melayu Islam semula . Mereka ini bukan Zahid, bukan juga Najib, bukan juga Ahmad Maslan, bukan juga Anuar Nasarah, dan bukan Noh Omar atau Noraini. 

Mereka adalah orang-orang Melayu daripada berbagai pihak yang sayangkan bangsa dan agama . Mereka berada dibelakang proses peralihan kuasa  tersebut dan menyerahkan kembali kuasa politik kepada kepimpinan dan bangsa Melayu Islam. Syukur Alhamdulillah peralihan politik berjaya dilakukan. Orang- orang Melayu akur dan gembira dengan perubahan ini dan Melayu UMNO, PPBM, PAS kembali berada ditahta dan menerajui negara.

Hari berlalu UMNO semakin hari semakin dominan menguasai Kerajaan. Namun sepertimana biasa selagi UMNO dipimpin oleh kleptokrat mereka tidak akan merasa puas untuk berkuasa. Mereka tidak mahu berkongsi kuasa walaupun sesama Melayu, mereka ingin menjadi dominan supaya segala kekayaan negara boleh diagih mengikut kehendak dan hala tuju mereka. Mereka seperti syaitan politik yang menyerupai manusia.

Sesungguhnya pesanan Tun Mahathir tepat ‘ jangan di percaya kleptokrat ini, jangan ada mereka dalam politik kerajaan, jangan berbuat baik dengan mereka, mereka akan buat masalah kemudian nanti’. Memang betul apa yang Tun cakap walaupun Tun sendiri tidak betul banyak perkara semasa beliau menerajui PH. Tetapi nasihat beliau tentang UMNO dan golongan kleptokrat dalam UMNO adalah tepat.

Maka Zahid dan Najib yang menaruh harapan menggunung supaya kes mahkamah mereka diselesaikan oleh Kerajaan PN saban hari membuat tuntutan dan berbagai helah serta desakan. Akhirnya dengan keegoaan Perdana Menteri yang tegas tidak mahu menyelesaikan maka Zahid dan Najib membuat gerakan melalui ugutan dan tekanan terhadap ahli-ahli Parlimen UMNO supaya menarik diri daripada kerajaan PN dengan berbagai cadangan baru. Mencadangkan  membentuk Kerajaan bersama Anwar Ibrahim dan sebagainya. Bagi mereka jatuhnya Mahyuddin dan PN adalah matlamat mereka sebagai agenda membalas dendam kesumat serta bakal kembali menjadi kleptokrat menjarah laba negara.

Akhirnya muncullah 14 orang Ahli Parlimen UMNO pengkhianat bangsa Melayu dan agama Islam menarik sokongan daripada Kerajaan

Melayu Islam ini. Maka Zahid telah mengutus surat kelada YDP Agong menjelaskan 14 AP UMNO menarik diri daripada kerajaan Melayu Islam PN bagi membuktikan bahawa PM dan PN telah jatuh dan PM perlu meletak jawatan. 

Terima kasih kepada 14 orang pelacur politik Melayu ini yang telah hilang pedoman politik bangsa Melayu dan agama Islam mereka. Mereka takutkan Zahid melebihi takutnya mereka kepada sakratul maut kerana bimbang tidak terpilih dalam PRU akan datang. Mereka bersumpah berpolitik untuk menjaga rakyat, tetapi bila ada kepentingan diri mereka tinggalkan rakyat yang sedang merana dan kembali kepada parti. Ini jelas menunjukkan mereka berpolitik bukan untuk rakyat , bangsa dan agama sebaliknya berpolitik mereka untuk perut dan kemewahan.

Terima kasih kepada 14 AP UMNO yang menarik diri dari kerajaan sehingga tumbangnya kerajaan Melayu dan Islam ini. Terima kasih sekali lagi kerana nama 14 anda akan disebut , dikenang kepada anak cucu anda sebagai pemimpin yang menjadi pengkhianat kepada agama Islam, bangsa Melayu dan negara Islam

Malaysia ini. Anda akan dikenang sebagai pelacur politik bangsa.

Bagi rakyat semua kita jaga kita tolak pengkhianat politik Bangsa Melayu dan agam Islam ini. Perangai mereka lebih teruk daripda DAP dan komunis.

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.