UMNO Baru - Kuala Lumpur

APA CERITA MESYUARAT MKT UMNO?

Agak tegang mesyuarat MKT UMNO semalam. Zahid selaku Presiden dilihat tak begitu steady apabila membaca teks ucapan bagi memaklumkan pendirian UMNO. Nampak tak tenang Presiden parti.

Apa yang berlaku sebenarnya dalam mesyuarat MKT UMNO?

Semacam yang dijangka, cadangan UMNO keluar PN dibangkitkan. Tapi kali ni, ia dibangkitkan Tokmat dan disokong orang tidak berjawatan macam Puad Zarkashi dan juga Jamil Khir Baharom. Orang-orang UMNO yang sebelum ni rajin nampak di televisyen macam Ahmad Jazlan Yaakob dari Parlimen Machang juga konsisten tolak kerajaan, kononnya rakyat Machang kata kerajaan gagal.

Setandan pisang tak semuanya busuk. Noh Omar masih rasional. Zambry Kadir cadang MKT kena undi supaya nampak adil. Umum tahu, keputusan malam tadi sememangnya ada unsur lain yang mendorong MKT untuk support perancangan Zahid.

Daripada 55 undi ;
35 setuju tanpa syarat;
15 sokongan bersyarat untuk tarik sokongan;
3 masih sokong PM;
Tajuddin Rahman mintak tangguh;
Timbalan Menteri Komunikasi pula berkecuali.

Tampak tak seimbang dan memaksa Ismail Sabri angkat kaki. Kecewa barangkali dengan tindakan Zahid yang dianggap memaksa rakyat terkontang-kanting dengan ribut politik sebegini. Walaupun pada hakikatnya Zahid menggunakan kuasa Presiden untuk menekan ahli, tapi sepertimana biasa, Presiden akan terlepas juga dari tindakan disiplin.

Natijahnya, MKT sebulat suara mendesak Tan Sri Mahiaddin Yassin berundur dan digantikan dengan PM interim (mungkin Anwar Ibrahim) bagi mengurus pandemik covid sampailah imuniti kelompok berjaya. Wayang Zahid makin terserlah bila janji ‘No Anwar, No DAP’ semasa PAU 2020 diungkap kembali semalam.

Apa pon, peristiwa malam tadi membuatkan UMNO sendiri dilambung ombak. Rosakkah UMNO dek Zahid? Jangan lupa, tarikh bicara Zahid dah dekat. Mungkin ada plot twist lagi lepas ni.

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.