1. Apa gila UMNO sekarang bersetuju dalam satu kantung bersama DAP dan PKR untuk hadapi PRU 15. Tidak pernah terfikir oleh tok nenek kita pelopor UMNO senario ini akan dipersetujui pemimpin UMNO. Semua ini adalah untuk menyelamatkan Presiden. Presiden perlu dipastikan menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya nanti supaya kesnya dan kes bosku boleh dilupuskan. Perangai lama UMNO tak pernah dibuang. Memang sah UMNO tak berubah.
2. Di Kelantan Ahmad Jazlan, Supardi PKR, Tan Sri Fatmi pemimpin tak guna, tua dan selalu kalah dalam UMNO serta pengacau sedang mencatur pembahagian kerusi antara PKR dan UMNO. Mereka hendak menolak PAS di Kelantan dan akan bersama PKR bagi memastikan MB Kelantan baru adalah daripada UMNO. Apa punya giler betul UMNO sekarang. Tikam kawan sendiri.
3. Dinegeri tertentu yang UMNO tak makan cekak mereka akan bergabung dengan PAS dalam MN seperti di Selangor, Perak dan Pahang. Tetapi MB tetap UMNO punya. Tak ke nampak bahawa mereka hendak menggunakan PAS untuk kepentingan pemimpin tertentu UMNO.
4. Wahai PAS tengoklah sikap pemimpin UMNO ini. Mereka akan tikam PAS dari belakang kiri dan kanan. Tengoklah dekat pilihanraya nanti semua perundingan dengan PAS dalam hal kerusi akan jadi tak valid lagi. Mereka akan bertanding semua kerusi kerana nak pastikan Presiden jadi PM dan semua negeri mereka kawal sebagai MB dan seramai mungkin Ketua Bahagian UMNO akan bertanding.
5. UMNO dibawah Zahid ni tak boleh dipercayai. Banyak kali dia tipu Perdana Menteri sehingga PM terkial-kial dibodohkannya. Minta namakan Timbalan Perdana Menteri dia balik bagi tau MT PM tak mau lantik TPM dari UMNO. Sebenarnya PM cuma tak mau nama dia dan dia selaku Presiden UMNO namakanlah pemimpin UMMO lain. Tapi haram dia tak akan buat kerana dia yang nak jadi TPM. Yang nampak bodoh adalah Ismail Sabri. Dia nak jawatan TPM tapi takut nak cakap terbuka atau pada Zahid.
6. Ismail Sabri main sembunyi sembunyi takut kena palam dengan Zahid. Kalau dah nak jadi pemimpin nombor dua negara buat saja apa takut. Harung saja. Lepas tu orang UMNO salahkan PM. Yang selamat dan nampak baik adalah Zahid. Apa punya bodoh pemimpin UMNO tak dapat baca permainan Zahid ini.
7. Pesanan untuk PAS jangan terperangkap dengan pemimpin UMNO yang sedang mereka deal untuk kerusi PRU ini. Ia boleh berubah mengikut selera UMNO dan Presiden. Semua pemimpin atasan UMNO sekarang adalah golongan penakut dan penjilat bontot Presiden.
8. Pun begitu tahniah untuk Shahidan, Anuar Musa yang merupakan individu yang berkorban untuk kelangsungan UMNO. Walaupun mereka begitu….?? Tapi untuk UMNO mereka sanggup berkorban diri. Yang lain no ball…
9. Si ceper tu…. Tak boleh harap walaupun Timbalan Presiden.