UMNO Baru - Kuala Lumpur

PERJUMPAAN ANWAR IBRAHIM BERSAMA AP PH UNTUK TUBUH KERAJAAN BARU

1. 22 Mac 2021 jam 10.00 pagi di Parlimen berlangsung perjumpaan Ketua Pembangkang Awar Ibrahim bersama Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan Kerajaan Baru menggamtikan Perikatan Nasional (PN).

2. Hadir 67 orang Ahli Parlimen antaranya Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Ketua Pembangkang; Lim Guan Eng, AP Bagan; Mohamad Sabu, AP Kota Raja; Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, AP Permatang Pauh dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, AP Kulim-Bandar Bahru.

3. 6 individu telah menyampaikan ucapan. Secara keseluruhannya isu yang dibangkitkan berkisar kepada isu proklamasi darurat, penangguhan persidangan parlimen, data vaksinasi dan kesan ekonomi negara ketika pandemik Covid-19. Khalid Samad, AP Shah Alam dalam ucapannya menjelaskan satu Jawatan Kuasa Tamat Darurat telah ditubuhkan dan kempen tamat Darurat bagi mengumpul tandatangan sokongan telah dilancarkan di laman web untuk diserahkan kepada SPB YDP Agong.

4. Manakala Datuk Seri Saifudin Nasution mendakwa proklamasi Darurat adalah helah kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengekalkan kuasa dan mempertikaikan tindakan Dato’ Seri Takiyuddin Hassan, Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang) yang menegaskan tiada keperluan untuk mengadakan sidang Parlimen walaupun SPB YDP Agong telah menitahkan Parlimen boleh bersidang ketika Darurat. PH bersedia dan yakin akan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

5. DSAI pula menyatakan perjumpaan pada hari ini adalah untuk mencabar keputusan kerajaan tidak membenarkan perbincangan diadakan di Parlimen dan mendakwa kerajaan PN sangat rapuh dan sukar dipertahankan. Justeru itu, satu perjumpaan dengan duta-duta luar negara akan diadakan pada 24 Mac 2021 bagi menerangkan situasi politik negara.

6. DSAI turut mendakwa BERSATU sedang menghadapi masalah dengan UMNO dan tidak mendapat sokongan daripada rakyat serta ahli akar umbi. UMNO akan bersama PKR nanti.

6. Semasa sesi soal jawab Datuk Seri Salahuddin Ayub, AP Kulai telah meminta DSAI mengatur gerakan berarak ke Istana Negara dan turun ke jalanan seperti BERSIH untuk mendesak kerajaan menamatkan Darurat. Selesai sesi bergambar, Ahli-Ahli Parlimen telah melaungkan ‘Hidup Parlimen’, ‘Hidup-Hidup’ dan ‘Hidup Rakyat’.

PESANAN UNTUK UMNO

Itulah saja kerusi AP yang Anwar dan PH ada setakat hari ini untuk tubuh Kerajaan Jajaran baru. 67 Kerusi sahaja

1. Inikah pemimpin yang Zahid dan Bosku, Tajuddin, Nazri, Jazlan, Ahmad Maslan setuju untuk lantik dan sokong sebagai Perdana Menteri. Sokongan 67 kerusi AP saja.

2. Inikah Parti PKR yang jadi kepala untuk jatuhkan PN dengan SD baru mereka bersama gang crook UMNO yang akan dibawa kepada YDP Agong. Inikah saja sokongan yang mereka ada. 67 AP sahaja.

3. Inikah saja sokongan yang Anwar ada yang berjaya meminang UMNO untuk membentuk Jajaran Baru seperti yang digembar gemburkan Tajuddin Rahman.

4. Sampai bila semua pihak perlu kena tipu dengan Anwar Ibrahim. Zahid and Gang kalau dah rasa pandai mengapa masih kena tipu dengan Anwar.

UMNO boleh senyum lebar bersama Anwar Ibrahim untuk tubuh Kerajaan baru di Parlimen jika 67 kerusi AP berkenaan dicampur dengan kerusi-kerusi di Cafeteria bersebelahan Parlimen.

Covid 19. Kita jaga kita.

Facebook Comments

Related Posts

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.