UMNO Baru - Kuala Lumpur

BUSUK UMNO BERMULA DIKEPALA

Pepatah menyatakan seekor ikan membusuk bermula di kepala. Begitulah juga dengan UMNO. Bemula dengan Najib  dan Zahid kedua duanya menggunakan parti UMNO untuk meraih kekayaan keluarga. 

Najib bersama Rosmah ratusan juta disonglap untuk mereka. Perbicaraan dimahkamah menjadi bukti. Zahid semasa menjadi MDN segala harta projek di Kementerian Dalam Negeri anak dan adik beradik dia sapu . Ratusan juta projek yang terbengkalai, tak boleh diguna ditinggalkan oleh kaum kerabat beliau yang menjadi batu loncatan untuk mereka membina kekayaan. PDRM, Imigresen dan agensi lain dibawah KDN dijadikan platform untuk mereka buat duit dan kekayaan.

Inilah pemimpin yang UMNO ada. Orang UMNO masih mengharap Zahid meneruskan jawatan Presiden. Zahid berharap nak jadi PM juga. Begitu juga  dengan Najib berhasrat hendak jadi PM semula. Mereka bersaing dibelakang walaupun tampak rapat didepan orang UMNO. Sedar lah orang- orang UMNO sekelian. Dua pemimpin ini sedang membawa UMNO ke longkang. 

Fikirkanlah adakah Zahid akan terlepas dengan semua tuduhan ini….?

Facebook Comments

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.