UMNO Baru - Kuala Lumpur

GENG CROOK UMNO TUMBANGKAN PN

Salam Sejahtera semua Sahabat.

1. Kali ini sampai ketahap gaban pemimpin kluster crook dalam UMNO mengatur gerak. Mereka bukan sahaja hendak menumbangkan kerajaan PN sebaliknya mereka  juga sedang menghancurkan Melayu. Matlamat dan agenda kumpulan crook dalam UMNO ini adalah:-

  • Membebaskan Bossku dan Zahid daripada semua tuduhan.
  • ngin berkuasa semula sabagai Parti Memerentah.
  • Membentuk Pakatan bersama DAP dan PKR untuk menang bergaya dalam PRU ke 15.
  • Kumpulan crook ini bakal memegang semula jawatan penting bagi menjarah harta negara dan diagihkan kepada kumpulan mereka.

2. Hendak tahu siapa sebenarnya kumpulan  Crook dalam UMNO ini. Untuk makluman ianya diketuai oleh  Bossku Najib dan Zahid Hamidi Presiden UMNO. Dinaungi oleh Ku Muda dari kluster kayangan. Penggerak mereka adalah daripada kumpulan pengumpul SD tempoh hari. Mereka adalah:-

  • Ahmad Jazlan AP Machang , paling kuat sokong Bossku dan pengantara PKR dan UMNO. Paling kuat hentan PPBM yang menyifatkan PPBM buli UMNO. Apa bodoh dia ni kalau dah 14 AP UMNO jadi Menteri cuma kau saja yang tak jadi harga, buli apa bro. Penyokong tegar wawasan Pakatan UMNO+ DAP+ PKR.
  • Tajuddin Rahman, AP  Pasir Salak, paling kuat melalak dengan pemikiran diluar kotak supaya menerima DAP sebagai rakan sekutu UMNO. Dia ini merayu kepada Zahid supaya dilantik sebagai Setiausaha Agong UMNO. Dia cakap Ahmad Maslan lembab. Zahid tak sampai hati nak singkir Ahmad Maslan dan lantik dia jadi Pengarah Pilihanraya yang tak ada pot polio. Merayau seluruh negara tak ada haluan untuk UMNO.
  • Ahmad Maslan, lembu dicucuk hidung oleh Bosku, Zahid dan Tajuddin. Buat saja kerja apa yang disuruh janji Bossku dan Zahid bebas dan dia ada peluang juga untuk bebas.
  • Nazri Aziz, AP Padang Rengas. Dia ni belengas dan bijak. Dia tak tonjol diri tetapi berada disebalik mereka semua yang menonjol. Termasuk Shahidan pun kena tipu dengan dia.
  • Puad  Zakarshi, Khalid Nordin. Puak ni no more dalam UMNO. Orang UMNO pon tak mau mereka ini kalau dah berulang kali kalah di Batu Pahat dan berpotensi jadi bapa sotong. UMNO mahu ka orang macam ni dalam parti. Tapi kalau nak tumbangkan PPBM di Johor bolehlah gunakan sotong juga. 

3. Kita ketengahkan ini semua bukan nak sokong PPBM pon. PPBM pon kong kali kong juga. Tapi tahap pengkhianatan pemimpin UMNO terhadap parti sendiri telah sampai ketahap gaban. Bersepakat dengan Anwar Ibrahim dan PKR serta berpadu dengan DAP adalah satu pengkhianatan terhadap UMNO dan bangsa Melayu.

4. Pemimpin UMNO yang bersengkongkol dengan DAP dan Anwar Ibrahim dijulang sebagai juara Melayu. Anuar Musa pemimpin UMNO yang cuba mengembalikan kekuatan Melayu untuk memperkukuhkan pakatan parti Melayu dikatakan sebagai mengkhianati parti UMNO.

5. Kita jadi pelek dengan pemimpin parti arwah ibu dan bapa kita ini sekarang. Bosku dan Zahid terang terang tandatangan sokong Anwar Ibrahim jadi PM terus berkuasa dan tidak ada pihak dalam UMNO yang melabel mereka sebagai pengkhianat dan dikenanakan tindakan disiplin. Pihak yang berusaha memperkukuhkan parti dituduh pengkhianat dan cuba disingkirkan. Ini yang kita tidak faham. Nampaknya alamat lah tu nak berkubur.

6. Lebih malang lagi negeri Tok Kenali yang Islam dan syiarnya berkembang sejajar dengan jolokan serambi Mekah, sekarang wujud pemimpin UMNO yang boleh menyatakan DAP itu bukan Kristian.???.

Masyaallah Tuhanku apalah bala yang nak di turunkan nanti. Puak ini bukan ahli UMNO saja mereka cuba tipu tetapi Allah pon mereka cuba tipu juga…Astagfirullah hal azim…

Tengok dan dengarlah video di sebelah ini. Kenali suara sapa itu….

Facebook Comments

Related Posts