UMNO Baru - Kuala Lumpur

GERAKKAN KLUSTER MAHKAMAH DAN KLUSTER ANWAR DAP DALAM UMNO MENOLAK TITAH TUANKU

1. Pada 18 Jan 2021 Bosku telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa orang Ketua UMNO Bahagian di Bilik Mesyuarat Barisan Nasional (BN), Tingkat 8, Menara Dato’ Onn, PWTC, KUALA LUMPUR. 

2. Seramai lebih kurang 12 orang yang terdiri dari Ketua-Ketua UMNO Bahagian pro Bosku telah ada disitu seperti Dato’ Seri Tajudin Abd Rahman,  Tan Sri Mohamed Fatmi Che Salleh , Dato’ Johan Abd Aziz , Dato’ Yahya Mat Ghani, Dato’ Nazir Hussin Akhtar Hussin dan Hamidi Mohd Noh Peguam UMNO. 

3. Perbincangan berkisar untuk mencabar Proklamasi oleh YDP Agong berhubung Akta Darurat Perkara 150 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan yang di titahkan untuk dilaksanakan. Bagi kluster Bosku dan Zahid mendakwa apa-apa ordinan yang dimasyhurkan hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

4. Dalam masa yang sama Bossku turut mengadakan perbincangan di Pejabat Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO di Tingkat 38 .  Semasa disini perbincangan kepada isu yang sama yang mahu gerakan dibuat untuk mendesak Darurat ditamatkan. Sekali lagi Ketua- Ketua Bahagian akan digunakan untuk menggerakkan hasrat kluster Mahkamah dan Kluster menyokong Anwar dan DAP ini. Ketua- Ketua Bahagian UMNO diseluruh negara akan dijadikan balaci untuk mencapai matlamat menderhaka titah Agong ini.

5. Presiden UMNO melalui Ahmad Maslan telah mengeluarkan satu surat kepada semua AP UMNO dan Ketua- Ketua Bahagian untuk ditandatangani sebagai sokongan bagi membatalkan proklomasi darurat untuk dihantar kepada SPB YDP Agong dan mendesak supaya diadakan sidang Dewan Rakyat. 

6. Semua ini adalah untuk terus menekan dan menumbangkan Mahyuddin PM yang mengetuai Kerajaan Melayu Islam ini bagi menggantikan dengan Kerajaan yang dipimpin Anwar bersama DAP dan jajaran baru bersama parti-parti dalam PH.

7. Gerakan ini digerakkan selari dengan gerakan yang sedang dibuat oleh Anwar bersama DAP dan Pakatan PH yang akan membawa Proklamasi ini ke mahkamah untuk diputuskan supaya dibatalkan oleh Mahkamah. Parti Amanah melalui Salehudin Ayub secara terang-terang menyangkal Proklamasi Darurat oleh YDP Agong ini dan media sosial mereka melaksanakan viral membangkitkan sentimen rakyat bagi menentang Proklamasi ini.

8. Pemimpin Kluster Mahkamah dan Ketua-Ketua Bahagian penjilat Bosku dan Zahid ini telah giler dalam berpolitik. Mereka ini nak bawa UMNO kemana sekarang.? Lagi lama mereka disitu makin parah UMNO dikacata mata pengundi. Kalau mereka masih disitu semasa PRU, alamat UMNO akan bungkus lagi. Tindakan mereka sekarang telah sampai kepenghujung pengkhianatan iaitu derhaka dan ingkar kepada  YDP Agong dan Raja-Raja Melayu.

7. Apa lagi yang Ketua-Ketua  Bahagian tunggu. Simpati tidak akan menyelesaikan masalah parti. Bebaskan dari Bosku dan Zahid. Mereka sudah sampai ketahap derhaka pada Raja-Raja dan Perlembagaan negara. 

8. Ingatlah antara  hasrat DAP adalah ingin menolak sistem Raja Berperlembagaan dan bertukar kepada sistem pentadbiran Malaysia Malaysia  yang berpaksikan  kepada sistem “Republik” . Mereka akan berjaya sekarang. Mereka berjaya menggunakan pemimpin-pemimpin Melayu untuk menolak kuasa YDP Agong dan Sultan-Sultan. Raja Mendeliar, Sikitul berada di dalam UMNO sekarang.

9. Jika Anwar berjaya maka semua kuasa Agong dan Raja- Raja Melayu boleh dicabar dan keabsahan Raja- Raja Melayu dibawah sistem pentadbiran Raja berpelembagaan sebagai “absolute power“ akan tiada lagi. 

10. Wahai Ismail Sabri, Hisyamuddin, Tok Mat Hasan, Mahathir Khaled, Khaled Nordin, Anuar Musa, Shahidan Kasim, Noraini Ahmad. Tolonglah UMNO yang dalam Nazak sekarang. Tendanglah mereka yang menderhaka kepada Raja- Raja Melayu , bangsa Melayu dan parti Melayu ini. 

Sayangi UMNO tendang keluar Bosku dan Zahid.

Facebook Comments

Related Posts

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.