UMNO Baru - Kuala Lumpur

PEMIMPIN GILA KUASA RAKYAT MERANA

Rakyat berhadapan dengan pendemik Covid 19 yang amat kritikal. Enam jahanam cuba timbulkan suasana politik kritikal. Tak kira Covid atau banjir melanda rakyat mereka gasak juga.

Mereka yang gagal dalam menjatuhkan kerajaan melalui SD, cadang berpakat dengan DAP dan Abang Non meneruskan langkah tumbang PN dengan menarik diri daripada Kerajaan PN.

Ada 6 pemimpin UMNO durjana akan mengambil langkah menarik diri daripada PN secara berperingkat seorang demi seorang setiap hari bermula 10 Jannuari 2021 bagi memastikan PN dan PM tumbang. Dimulakan dengan Ahmad Jazlan dan diikuti oleh Nazri Aziz pada 12 Januari 2021, 14 Januari 2021 Tajuddin Rahman kemudian  Ahmad Maslan, Zahid dan Bosku.

Langkah yang dibuat oleh 6 pemimpin Jahanam UMNO ini bukan sahaja merosakkan penghormatan terhadap UMNO dan paling jelas mereka memperkudakan parti UMNO, Ketua Bahagian dan ahli UMNO untuk kepentingan peribadi mereka. 

Pemimpin lain seperti  Tok Mat selaku Timbalan Presiden UMNO yang no ball mereka ketepikan terus. Sebagai peringatan Tok Mat kalau masih lagi macam sekarang kamu akan mati dalam politik dengan  tanpa kubur. UMNO akan ketepikan Tok Mat tanpa beliau sendiri sedari.

Pemimpin jahanam ini telah menyebabkan ekonomi negara rosak teruk kerana politik tidak stabil akibat tindakan untuk meruntuhkan Kerajaan oleh mereka. Ramai pelabur angkat kaki. Rakyat menderita kerana tumpuan terhadap pembangunan untuk rakyat tak dapat dibuat. 

Kerajaan terpaksa melaksanakan proklamasi darurat dan PKP kerana keaktifan gerakan politik songsang mereka. Kalau ISA masih ada sudah kedalam mereka semua. Sebab itu Najib buang ISA. Semua ini beliau telah rancang dulu untuk selamatkan diri beliau.

Mereka durjana, tamak haloba, menipu dan mendusta, rakyat menanggung bala dan merana. Mereka ini perlu dicampak ke kubang buaya.

Facebook Comments

Related Posts